Monday, January 2, 2012

SIAPA ANDA?

Muallim pada asalnya dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang-kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Seseorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal.

Murabbi dalam Islam bermaksud yang luas melebihi tahap Muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas Tugas Murabbi berlegar di hati.

Mursyid berasal dari bahasa arab iaitu memberi tunjuk ajar. Dalam erti kata lain, mursyid bererti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.

Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t., dalam proses tarbiah yang teratur.

Para mursyid bertanggung jawab bagi mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin).

Muaddib merupakan orang yang beradab dan mengajarkan keadabannya kepada seseorang. Apa yang dilakukan akan disampaikan kepada muridnya terutamanya mengenai sahsiah.

Mudarris (Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar. Mudarris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam dan bidang pedagogi. ÆF

Firman Allah, Maksudnya: Allah akan meninggikan ( darjat ) orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat; ( Al-mujadalah, 58 : 11 )

Berdasarkan firman Allah di atas, ilmu pengetahuan itu amat penting sekali. Sememangnya ilmu pengetahuan itu diperolehi dari guru

No comments:

Post a Comment