Monday, March 29, 2010

KEJOHANAN B/SEPAK ZON CHERAS

23-25 Mac 2010, bertempat di Padang SK. Sungai Lui telah diadakan kejohanan bola sepak Zon Cheras. Dalam kejohanan tersebut sebanyak 14 buah sekolah dalam Zon Cheras telah mengambil bahagian. Sekolah tersebut dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut undian iaitu Kumpulan A, diketuai oleh tuan rumah SK. Sungai Lui (SKSL), Sekolah Sri Cempaka (SSS), SK Desa Baiduri (SKDB) dan SK Taming Jaya (SKTJ). Kumpulan B pula, Juara bertahan SK Dusun Nanding (SKDN), SK. Dusun Tua (SKDT), SK. Cheras Jaya (SKCJ) dan SK. Taman Cuepacs (SKTC). Kumpulan C, SK. Bandar Tun Hussien Onn 2 (SKBTHO 2), SK. Bandar Tun Hussien Onn(SKBTHO) dan SK Lubok Kelubi (SKLK), manakala kumpulan D ialah SK. Batu 9, Cheras(SKBT9), SK. Tun Abdul Aziz Majid (SKTAAM) dan SK. Bukit Raya (SKBR).
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan memilih wakil zon ke Kejohanan Bola Sepak MSSDHL yang akan berlangsung pada 15 April 2010. Hari pertama dijalankan pertandingan peringkat kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan masing-masing akan ke pusingan suku akhir serta seterusnya. Pasukan yang layak bertanding pada hari kedua ialah SKDB,SKTJ, SKDN, SKTC, SKBTHO2, SKBTO, SKBT9 dan SKTAAM. Akhir sekali kejuaraan pada tahun ini adalah hak milik SKBTHO 2 yang mengalahkan jirannya SKBTHO pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-1. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.
Pihak penganjur juga mengucapkan terima kasih kepada para pengadil, jurulatih, pemain yang memberi kerjasama sepanjang kejohanan berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua urusetia dan jawatankuasa pelaksana ( guru-guru SKSL ) yang telah banyak membantu menjayakannya. Segala kesilapan dan kekurangan sama-sama diatasi dan diperbaiki pada masa akan datang. Jumpa lagi.....

Sunday, March 21, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

12032010 ( Jumaat ) bersamaan 26 Rabiul Awal 1431h, bertempat di SKSL telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Ustaz Aluwi bin Md. Yassin telah diamanahkan untuk merancang dan menyelaras acara ini. Alhamdulillah dengan pengalaman dan kepakaran beliau sambutan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Yaasin di dataran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fazly dan diikuti tahlil pimpinan Ustaz Aluwi yang ditujukan khusus kepada arwah anak Pn. Halimatun Saadiah.
Seterusnya, berselawat dan berarak dari sekolah ke masjid Kg. Sungai Lui serta berpatah semula ke sekolah. Murid dan guru terus masuk ke dewan bagi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Hakim. Antara acara yang dijalankan pada sambutan tersebut ialah:-
1. Pertandingan Perarakan ( mengikut kelas )
2. Pertandingan Mewarna ( tahap 1 )
3. Kuiz
4. Tayangan slide
Tahniah diucapkan kepada semua warga SKSL yang berjaya menganjurkan sambutan dengan kerjasama dari semua pihak. Kita mesti mengigati Nabi s.a.w. bukan sahaja pada hari tertentu bahkan setiap waktu kita hendaklah mengigatinya dengan cara mengikut segala sunnahnya.

Thursday, March 11, 2010

KTQ ZON CHERAS 2010

11032010, Khamis, bertempat di SK Sungai Serai, Hulu Langat, telah diadakan aktiviti Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) peringkat Zon Cheras. Aktiviti tahunan ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan Islam PPDHL yang dipecahkan kepada beberapa zon dalam daerah Hulu Langat.Pada tahun 2010, aktiviti telah dikurangkan kerana masalah kewangan di peringkat atasan. Maka acara yang dipertandingkan ialah Tilawah lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan serta bercerita kisah dari al-Quran lelaki dan perempuan. Temanya, al-Quran Penjana Wahdah Ummah. Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PPDHL iaitu Tuan Hj Ismail bin Musa. Hadir sama, ketua Unit Pendidikan Islam, PPDHL, Tn. Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Penyelia Pendidikan Islam PPDHL, Ust. Baharuddin bin Shuib serta guru-guru besar zon Cheras.
Tahniah diucapkan kepada pemenang. SKSL turut memperolehi kejayaan dalam acara Tilawah Lelaki oleh Adik Ahmad Hakeemul Amin bin Edi Zamri ( Johan ) dan Adik Nuratira bt Abu Niamin ( Ketiga ) dalam Tilawah Perempuan. Pemenang-pemenang akan mewakili zon Cheras ke peringkat daerah pula. Peserta lain turut menunjukkan potensi dan mempunyai harapan sekiranya usaha dengan lebih gigih lagi. Tahun depan, Insya Allah SKSL akan jadi tuan rumah, maka persiapan kena mantop agar keputusan memberangsangkan.

Tuesday, March 9, 2010

PENGUNJUG KE-400

"Makin laju ni", kata GB, tapi tak mengapa ini merupakan dorongan kepada murid agar rajin mengunjungi Pusat Sumber Sekolah ( PSS ). Pengunjung bertuah kali ini ialah adik
AZRUL HAKIMI B. AZMI dari tahun 4 Cekal. Seorang pengawas yang boleh menjadi teladan kepada murid lain. Teruskan usaha anda. Seterusnya hadiah misteri menunggu pengunjung ke-700. Peluang masih terbuka kepada murid lain. Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan hadiah misteri dari GB, rajin-rajinlah ke PSS, jangan lupa tulis nama, nanti terlepas pulak. Tahniah sekali lagi kepada Adik Azrul Hakimi yang mengikuti jejak Adik faris Azwar. Kita tunggu siapa ke-700 pula.......

SUATU PAGI KE SKSL

08032010, Isnin, dalam kerancakan menuju ke tempat bekerja setiap awal minggu tergendala seketika di Kampung Jawa berhampiran kubur Kampung Jawa disebabkan pokok tumbang. Begitu juga para pendidik yang ingin ke SKSL. Nak keluar dan masuk semuanya terhalang oleh pokok yang menutupi laluan utama itu.
Terima kasih kepada sukarelawan yang pantas memotong pokok tersebut bagi membolehkan laluan utama diguna semula. sesungguhnya budi anda dibalas oleh Allah. Insy Allah.