Tuesday, December 13, 2011

TAKWIM 2012

Sedar tak sedar tahun 2012 dah nak menjelang.. so kepada semua, saya sertakan Takwim Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2012 untuk rujukan semua

January 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
February 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29
March 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
April 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
May 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
June 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
July 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
August 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
September 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
October 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
November 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30
December 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31






Takwim Cuti Sekolah 2012 Malaysia

Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)


Takwim Cuti Umum 2012 Malaysia

Tarikh

Cuti

Negeri

01-01-2012 Tahun Baru 2012 Seluruh Negara
14-01-2012 Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan shj
15-01-2012 Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah shj
23-01-2012 Tahun Baru Cina Seluruh Negara
24-01-2012 Tahun Baru Cina * Kecuali Kelantan & Terengganu
01-02-2012 Hari Wilayah Wilayah Persekutian Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya shj
05-02-2012 Maulidur Rasul Seluruh Negara
07-02-2012 Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor shj
04-03-2012 Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu shj
06-04-2012 Good Friday Sabah & Sarawak shj
15-04-2012 Hari Pengishtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka shj
19-04-2012 Hari Keputeraan Sultan Perak Perak shj
01-05-2012 Hari Buruh Seluruh Negara
07-05-2012 Hari Hol Pahang Pahang shj
05-05-2012 Hari Wesak Seluruh Negara
17-05-2012 Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis shj
(30-31)-05-2012 Pesta Keamatan Sabah & Labuan shj
(01-02)-06-2012 Hari Gawai Sarawak shj
02-06-2012 Hari Keputeraan DYMM Agong Seluruh Negara
17-06-2012 Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis shj
07-07-2012 Hari Gabenor P.Pinang Pulau Pinang shj
20-07-2012 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu shj
21-07-2012 Awal Ramadhan Johor, Kedah & Melaka shj
06-08-2012 Nuzul Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu shj
(19-20)-08-2012 Hari Raya Aidil Fitri* Seluruh Negara
31-08-2012 Hari Merdeka Seluruh Negara
09-09-2012 Hari Gabenor Sarawak Sawarak shj
16-09-2012 Hari Malaysia Seluruh Negara
14-10-2012 Hari Gabenor Melaka Melaka shj
24-10-2012 Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang shj
26-10-2012 Hari Raya Aidil Adha Seluruh Negara
27-10-2012 Hari Raya Aidil Adha Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu shj
(11&12)-11-2012 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan shj
13-11-2012 Deepavali Seluruh Negara
15-11-2012 Awal Muharram Seluruh Negara
22-11-2012 Hari Keputeraan Sultan Johor Johor shj
11-12-2012 Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor shj
25-12-2012 Hari Christmas Seluruh Negara



Kepada rakan-rakan semua, sekiranya ada ralat, sila ajukan diruangan komen ye…

Monday, September 19, 2011

SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH - 1

Tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.
Pantun popular ini sering dikaitkan dengan perpisahan. Setiap yang mula mesti akan berakhir, kecuali yang Maha Esa. Ironinya akan berlaku kepada setiap insan terutama yang bergelar pendidik. Tempoh perkhidmatan seseorang akan tamat mengikut ketetapan yang dipilih.
Tanggal 24 Ogos 2011, SKSL telah melakar sejarah tersendiri kerana julung kalinya mengadakan majlis persaraan kepada kakitangannya. Majlis 'Sekalung Budi Sejambak Kasih' khas buat GPK Kurikulum ( Pn. Hjh. Sarifah Hamidah Raja Ahmad ) dirancang dan dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKSL yang diterajui oleh En. Mohd Hazmil.
Gunung bintan lekuk di tengah,
Sayang penyengat kubunya tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung kuingat juga.
Perarakan yang dirai memulakan acara pada pagi tersebut. Beliau diiringi oleh Pegawai Pelajaran PPD ( Tn. Mohd Mahmudi bin Bakri ), Guru Besar SKSL ( En. Sahrom ), YDP PIBG ( En. Kamarulzaman dan tetamu lain. Pertunjukan silat gayung fatani menyambut ketibaan yang dirai. Majlis diteruskan dengan ucapan beberapa individu dan diikuti oleh tayangan multimedia berkaitan dengan Pn. Hjh. Sarifah dari lahir hingga kini.
Bunga Kemboja putih berseri,
Putihnya melur di hujung dahan,
Atas khidmat dan jasa yang diberi,
Puji, syukur dan terima kasih diucapkan.
Persembahan murid juga turut mencuit hati cikgu Sarifah kerana lakonan murid berkaitan penglibatannya sepanjang berada di SKSL serta dikir barat mengenai diri beliau turut dipertontonkan. Murid-murid seterusnya menyerahkan kad ucapan gergasi dan hadiah kepada beliau sebelum beliau menerima 'sijil berhenti sekolah' dari PPDHL dan SKSL.
Semasa beliau menyampaikan ucapan terakhir yang penuh tragis dan menyebabkan bergenang air mata di setiap guru membuktikan bahawa beliau amat disayangi oleh semua guru.

Hendak menebang nibung berduri,
Dibuat pagar tepi perigi,
Pantun dikarang khas yang dirai,
Entah bila berjumpa lagi
Sesi fotografi bersama cikgu Sarifah turut diberi luang bagi memahat memori bersama beliau, seterusnya semua murid dan guru bersalaman dengan cikgu sarifah. Mengakhiri majlis tersebut, beliau menanam 'pokok kenangan' seterusnya beredar pulang..
Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalaulah ada umur panjang,
Insya Allah berjumpa lagi.

Saturday, August 27, 2011

BUBUR LAMBUK 2

23 Ramadhan 1432h, Kerjasama antara PIBG dan guru telah berjaya menyediakan bubur lambuk. Aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSL yang kali kedua dijalankan sempena program Ihya Ramadhan mendapat sambutan lebih menggalakkan. Seawal pagi lagi kaum ibu telah datang bagi menyiapkan keperluan bubur. Akhirnya sebelum murid pulang bubur lambuk telah masak dan siap dibungkus untuk diagihkan kepada semua murid SKSL.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TPM

22 Ogos bersamaan 22 Ramadhan 1432H, seramai 100 orang murid termasuk guru telah dijemput untuk berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin di kediaman beliau Sri Satria, Putrajaya. Selepas berbuka puasa rombongan telah diberikan duit raya RM 50 dan kain pelikat setiap seorang. Pihak SKSL mengucapkan terima kasih kepada TPM atas jemputan dan sumbangan tersebut. Semoga TPM mendapat keberkatan dariNya.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Isnin, 15 Ogos telah diadakan pelbagai acara bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan generasi alaf 21 ini. Walaupun tidak perlu mengangkat senjata tidak pernah melihat bagaimana Paresmara membuka Melaka namun kecintaan terhadap negara terbukti apabila tidak ada seorang murid yang sanggup memijak bendera setelah diarahkan oleh pengerusi sambutan iaitu Pn. Fadzly Surianie. Pada hari tersebut telah Pn. Hjh. Sarifah Hamidah telah mendeklamasi sajak serta mengarah lakonanmurid Tahun 5 Cekal bagaimana Melaka dibuka. Turut serta dalam sambutan tersebut ialah Mr. Jeff ( penutur jati B.I ). Beliau berkata lagi, pelbagai acara dan pertandingan diadakan sempena sambutan ini, antaranya menulis sajak, kelas patriotik dan macam-macam lagi. Kemuncak sambutan akan diadakan pada 19 September nanti.

Tuesday, August 9, 2011

FUTSAL

28 Julai 2011 @ Challenger Sport telah berlangsungnya perlawanan Futsal antara SKSL dengan SK Tasik Permai. SKTP mempunyai seorang awang import yang bertugas sebagai penutur jati Bahasa Inggeris. SKSL juga ada meminjam dua orang pemain yang dipinjamkan secara percuma. Keputusan perlawanan pada petang tersebut tidak boleh dihitung kerana banyak jaringan dan lagi banyak bolos. Namun, keputusan bukanlah perkara utama. Tahniah diucapkan kepada yang turut serta mengeratkan hubungan antara dua sekolah ini.