Saturday, August 27, 2011

BUBUR LAMBUK 2

23 Ramadhan 1432h, Kerjasama antara PIBG dan guru telah berjaya menyediakan bubur lambuk. Aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSL yang kali kedua dijalankan sempena program Ihya Ramadhan mendapat sambutan lebih menggalakkan. Seawal pagi lagi kaum ibu telah datang bagi menyiapkan keperluan bubur. Akhirnya sebelum murid pulang bubur lambuk telah masak dan siap dibungkus untuk diagihkan kepada semua murid SKSL.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TPM

22 Ogos bersamaan 22 Ramadhan 1432H, seramai 100 orang murid termasuk guru telah dijemput untuk berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin di kediaman beliau Sri Satria, Putrajaya. Selepas berbuka puasa rombongan telah diberikan duit raya RM 50 dan kain pelikat setiap seorang. Pihak SKSL mengucapkan terima kasih kepada TPM atas jemputan dan sumbangan tersebut. Semoga TPM mendapat keberkatan dariNya.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Isnin, 15 Ogos telah diadakan pelbagai acara bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan generasi alaf 21 ini. Walaupun tidak perlu mengangkat senjata tidak pernah melihat bagaimana Paresmara membuka Melaka namun kecintaan terhadap negara terbukti apabila tidak ada seorang murid yang sanggup memijak bendera setelah diarahkan oleh pengerusi sambutan iaitu Pn. Fadzly Surianie. Pada hari tersebut telah Pn. Hjh. Sarifah Hamidah telah mendeklamasi sajak serta mengarah lakonanmurid Tahun 5 Cekal bagaimana Melaka dibuka. Turut serta dalam sambutan tersebut ialah Mr. Jeff ( penutur jati B.I ). Beliau berkata lagi, pelbagai acara dan pertandingan diadakan sempena sambutan ini, antaranya menulis sajak, kelas patriotik dan macam-macam lagi. Kemuncak sambutan akan diadakan pada 19 September nanti.

Tuesday, August 9, 2011

FUTSAL

28 Julai 2011 @ Challenger Sport telah berlangsungnya perlawanan Futsal antara SKSL dengan SK Tasik Permai. SKTP mempunyai seorang awang import yang bertugas sebagai penutur jati Bahasa Inggeris. SKSL juga ada meminjam dua orang pemain yang dipinjamkan secara percuma. Keputusan perlawanan pada petang tersebut tidak boleh dihitung kerana banyak jaringan dan lagi banyak bolos. Namun, keputusan bukanlah perkara utama. Tahniah diucapkan kepada yang turut serta mengeratkan hubungan antara dua sekolah ini.

Monday, August 8, 2011

MINGGU PSS 2011

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca. Aktiviti yang menggalakkan murid sentiasa berdamping dengan buku ini telah dijalan sepanjang tahun. Namun fokus utama ialah pada 11 hingga 15 Julai 2011 melibatkan pertandingan tertentu untuk murid Tahap 1 dan 2. Antaranya, merekacipta topeng muka, membalut hadiah paling kreatif, merekacipta penanda buku, pertandingan mewarna tahap 1 dan 2, merekacipta kad ucapan gergasi dan kuiz. Selain itu ada juga pertandingan mengikut kelas iaitu tulisan cantik, perbendaharaan kata, tulisan berangkai, deklamasi sajak dan banyak lagi.

Menurut Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SK Sungai Lui, Pn. Rodziah bt. Ahmad, objektif Minggu PSS ini untuk menonjolkan bakat semulajadi murid dalam bidang yang disukainya, memberi keyakinan dan kepuasan kepada murid-murid ketika mengambil bahagian, melatih murid agar lebih cergas dan peka kepada alam sekitar, menggalakkan tabiat membaca di kalangan murid dan Melibatkan penyertaan semua murid. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 18 Julai 2011. Anugerah Tokoh Nilam semester pertama telah dimenangi oleh Nur Afrina Hany Bt Nazryzam ( Tahap 1 ) dan Shahrul Mizan B. Sohaili ( Tahap 2 ).

Pn. Rodziah juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKSL yang banyak membantu beliau dalam menjayakan program PSS sepanjang beliau menerajui PSS sekolah.