Tuesday, November 5, 2013

SUPER 1M 1S

Sukan Permainan ( SUPER ) 1 Murid 1 Sukan merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh KPM. Sekurang-kurangnya murid tahu satu jenis sukan. SKSL telah merealisasikan matlamat tersebut. Ringkasnya acara SUPER yang dijalankan ialah, Bola sepak Lelaki ( Murid Tahun 5 dan 6 ), Bola baling Perempuan ( Tahun 5 dan 6 ), Sepak takraw (L) - tahun 3 dan 4, Bola Jaring ( Tahun 3 dan 4 ), Futsal Padang (L) - Tahun 1 dan 2 serta Mini Bola Baling (P) tahun 1 dan 2.
Rumah MERAH Johan Keseluruhan SUPER 2013
Biru-Johan B/Sepak dan Merah Naib Johan
Johan Bola Jaring (Kuning) dan Hijau Naib Johan
Pemenang acara Sepak Takraw
Bola Baling Mini Johan ( Kuning) dan Merah Naib Johan
Futsal Padang Johan ( Merah) dan Naib Johan Biru
GB SKSL ( Pn. Noor Aidah) menyampaikan hadiah kpd pemenang
YDP PIBG ( En Tahran Nazim ) menyampaikan hadiah
NYDP PIBG ( Pn Azizah ) menyampaikan hadiah
YDP menyerahkan piala Johan keseluruhan sumbangan Persatuan Uhang Kincai Hulu Langat
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang piala pusingan SUPER:
Johan Keseluruhan - Persatuan Uhang Kincai Hulu Langat
Johan Bola Sepak - Kedai Runcit Batu 23, Kg Sungai Lui.
Johan Bola Baling - Persatuan Anak Minang Sungai Lui
Johan Sepak Takraw - En Kamarulzaman Hj Abdullah ( YDP PIBG 2011 - 2012)
Johan Bola Jaring - Pn Azizah Hj Mohd Rasol ( NYDP PIBG 2013 )
Johan Futsal Padang - Jalaluddin bin Ahmad Enterprise
Johan Bola Baling Mini - Bekas Pelajar SKSL 1999 - 2004

Semoga sumbangan anda semua dapat memotivasikan anak-anak SKSL ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Pihak SKSL juga mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak. Terima Kasih..

Sunday, August 4, 2013

SUKAN TAHUNAN KE-35

07.07.2013, SK Sungai Lui telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-35 di Padang Sekolah. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara tradisi iaitu perbarisan rumah sukan dan lintas hormat di hadapan tetamu utama iaitu En. Zuhairi bin Ibrahim, Penyelia Sukan PPDHL dan YDP PIBG, En. Tahran Nazim b Mohd Tahir. Pelbagai gimik dan persembahan dipertontonkan kepada tetamu kerana setiap rumah sukan diperuntukkan masa tidak lebih 3 minit untuk membuat persembahan di hadapan tetamu.
          Sejurus itu diadakan pula ucapan perasmian oleh En. Zuhairi Ibrahim dan ikrar kejohanan yang diketuai oleh Adik Muhammad Farid bin Abd Malik. Maka bermulalah acara sukan pada hari tersebut. Sebanyak 47 acara dipertandingan pada hari tersebut termasuk acara murid prasekolah. Terdahulu telah diadakan juga acara-acara awal seperti acara padang untuk tahap dua dan sukaneka individu untuk tahap satu. Pada waktu rehat pula penonton dihidangkan dengan demonstrasi silat yang diketuai oleh Tn Syed Muhd Zahinyr.
          Kemuncak hari tersebut diadakan perlawanan akhir tarik tali antara rumah sukan. Perbarisan terbaik dimenangi oleh rumah Hijau, Kuning, Merah dan Biru. Hiasan rumah sukan pula dimenangi oleh Kuning, Biru, Hijau dan Merah. Johan keseluruhan Temasya Sukan Tahunan Ke-35 telah disandang oleh Rumah Kuning 432 mata. Diikuti Hijau 401 mata, Merah 387 mata dan Biru 337 mata. Olahragawan pula jatuh kepada Adik Muhammad Syazwan bin Azizan dan Adik Nurul Anis Syakira binti Ismail dinobatkan Olahragawati. Kedua-duanya dari rumah Merah. Temasya Sukan ini tamat pada jam 1.00 tengahari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Temasya Sukan Kali Ke-35 ini. Semoga tahun akan datang lebih meriah lagi....
                            

Sunday, June 23, 2013

PETUA AGAR TIDAK LUPA

1. JANGAN MAKAN KEPALA IKAN
2. JANGAN MAKAN ORGAN DALAMAN
3. JANGAN MINUM SEMASA MAKAN
4. JANGAN MAKAN/MINUM YANG DIMASUKI SEMUT
5. JANGAN MELIHAT KEMALUAN
6. BANYAKKAN MAKANAN BERASASKAN SOYA SPT TEMPE, TAUHU DLL
7. BANYAKKAN MAKAN KISMIS, KURMA DAN MADU
8. BANYAKKAN MAKAN KEKACANG
9. PAKAI MINYAK WANGI KETIKA BELAJAR/PEPERIKSAAN
10. JANGAN MAKAN TERLALU KENYANG
11. JANGAN KENCING BERDIRI

Friday, May 31, 2013

MEMOIR 12


KEJ PENCAK SILAT SELANGOR

26-28 April 2013, Kejohanan Pencak Silat Sekolah Selangor telah diadakan di SAM Rawang, Gombak. Pelajar SKSL telah mewakili daerah Hulu Langat ke kejohanan tersebut di bawah bimbingan jurulatihnya Tn Syed Zahinyr. Alhamdulillah, walaupun pertama kali menyertai pertandingan peringkat negeri, SKSL telah pulang dengan pingat gangsa dalam Seni Jurus Silat. 
Sebanyak 10 daerah dalam Selangor yang menyertai kejohanan ini. Berikut adalah keputusan rasmi yang diperolehi kontigen Hulu Langat (SKSL):

1. Seni Jurus Silat - Ketiga
2. Seni Tempur (P) - Keempat
3. Seni Tempur (L) - Kelima
4. Seni Tari Silat (L)- Keenam
5. Seni Tari Silat (P)- Keenam
6. Jurus Wajib - Keenam

Seni Jurus Silat
Seni Tempur (L)
Jurus wajib
Seni Tari Silat (L) n (P)