Sunday, January 31, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36

30 Januari 2010, Sabtu, Mesyuarat Agung PIBG ke 36 telah disempurnakan oleh YB. Tn. Hj. Johan bin Abdul Aziz ( Adun Semenyih ) di Dewan SK Sungai Lui. Seramai 130 orang guru, ibu bapa dan penjaga hadir dalam mesyuarat tersebut. Turut hadir juga GB SRA Sg Lui, En. Jasmi bin Jaafar, 2 ketua kampung Sg Lui iaitu Tn. Hj. Hassan bin Nordin ( JKKP ) dan En. Mohamad Alias bin Hj. Ali ( JKKM ) serta Tok Batin Gabai iaitu En. Yatim bin Tamun.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tiada isu 'panas' dibangkitkan. Berikut adalah senarai barisan AJK PIBG 2010/2011.
YDP : En. Muhamad Jamal bin Hj. Sharif
N/YDP : Pn. Faridah bt Jaafar
Setiausaha : Pn. Che Gayah bt Che Ali
Bendahari : En. Mohd Hazmil bin Abu Hassan
AJK guru : En. Abd Malik bin Nayan
En. Zalinor bin Zainuddin
Pn. Siti Masayu bt Sikh Mohd Ariff
Pn. Noraliza bt Naharudin
Pn. Norazua bt Mohd Razuki
AJK ibu bapa : Pn. Norasyikin bt Abdullah
En. Kamarulzaman bin Hj. Abdullah
Pn. Azizah bt Hj Mohd Rasol
Pn. Salmiah bt Baharudin
En. Rizal bin Mustafa
Tn. Hj Abd. Kadir bin Rio
En. Yatim bin Tamun
Juru Audit : En. Tahran Nazim bin Mohd Tahir
En. Azman bin Ahmad Sapuan ( sepanjang hayat ).
Dalam majlis tersebut disampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2009 serta diakhiri dengan cabutan bertuah.
Harapan semua ibu bapa/penjaga dan guru di bahu barisan AJK yang dilantik agar sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan semua aspek dengan menepati slogan PIBG "BERUSAHA, MEMBANTU TANPA MENGGANGGU".
Marilah kita bersatu hati untuk menaikkan nama SKSL bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, sepakat kata kerana muafakat.

Tuesday, January 26, 2010

WATIKAH

25 Januari 2010, Majlis penyampaian Watikah Pelantikan kepada pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas telah disempurnakan oleh GB SKSL iaitu En. Sahrom bin Shamsudin di tapak perhimpunan.
Majlis tersebut juga telah mengumumkan bahawa Muhamad Amirul Amin bin Noor Azimi adalah ketua murid dan dibantu oleh Yohana binti Samsuardi sebagai penolongnya. Pengawas, pengawas pusat sumber juga ketua dan penolong ketua kelas merupakan penghubung antara guru dan murid dalam menangani masalah pelajar. Mereka adalah mata dan teliga kepada guru. Harapan kepada semua yang telah dilantik agar memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Jawatan tersebut bukannya lampu hijau untuk mendenda atau menghukum murid, ingatlah mereka semua adalah pembantu kepada guru. Selamat bertugas....

Monday, January 25, 2010

MERENTAS DESA

Sabtu, 23012010 bertempat di sekitar Kampung Sungai Lui telah diadakan aktiviti tahunan sekolah iaitu merentas desa atau "road run". Aktiviti tahunan ini diadakan untuk membina generasi sihat dan cerdas serta memilih wakil sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah pada bulan Mac nanti. Kejohanan kali ini disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En. Muhamad Jamal bin Sharif dan bermula pada jam 8.30 pagi serta berakhir pada 10.45 pagi.
Pada tahun ini, pelajar dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki A, Perempuan A (tahun 5 & 6), Lelaki B dan Perempuan B (tahun 3&4). Peserta pertama dan kelima setiap kategori akan diberi hadiah. Begitu juga untuk menentukan Johan keseluruhan hanya 5 peserta terbaik dari setiap rumah diambilkira. Pelajar yang terpilih akan menjalani latihan pemilihan sekali lagi untuk menentukan pelajar itu betul-betul layak mewakili sekolah.
Berikut adalah keputusan Kejohanan Merentas Desa SKSL 2010:
Perempuan B:
1. Kasmirah bt. Anbi ( 3 Ceria ) - Kuning - 34 minit 44 saat.
2. Nur Fararah Natasha ( 4 Cekal ) - Biru
3. Fatin Hazwani ( 4 Cekal ) - Kuning
4. Nurul Anis Syakira ( 3 Cekal ) - Merah
5. Nurul Amira ( 3 Cekal ) - Kuning

Lelaki B:
1. Ahmad Hakeemul Amin ( 4 Cekal ) - Merah - 26 minit 50 saat.
2. Mohd Aidil Haikal ( 4 Ceria ) - Merah
3. Mohd Kamarul Amzar ( 4 Cekal ) - Kuning
4. Mohd Helmi ( 4 Ceria ) - Hijau
5. Mohd taufik ( 4 Cekal ) - Merah

Perempuan A:
1. Mariana Misadi ( 5 Ceria ) - Biru -30 minit 45 saat.
2. Nur Amira Kadir ( 5 Ceria ) - Hijau
3. Nurul Ain Najihah ( 6 Cekal ) - Kuning
4. Nur Izzatul Hezrina ( 5 Cekal ) - Merah
5. Nur Athira Abu Niamin ( 5 Cekal ) - Merah

Lelaki A:
1. Zulkapli Ayani ( 5 Ceria ) - Biru - 24 minit, 50 saat.
2. Mohd Irfan Kamarudzaman ( 6 Cekal ) - Hijau
3. Luqman Hakim Ismail ( 6 Ceria ) -Hijau
4. Mohd Khairul Asryaf ( 5 Ceria ) - Hijau
5. Zabri Man ( 6 Ceria ) - hijau

Johan Keseluruhan :
1. MERAH 2. HIJAU 3. KUNING 4. BIRU

Pihak kokurikulum mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih tak terhingga kepada semua warga SKSL, RELA, bekas pelajar SKSL, penduduk Kampung Sungai Lui serta yang terlibat secara langsung bagi menjayakan kejohanan Merentas Desa 2010. Kerjasama anda semua penentu kepada kejayaan sesuatu program. Terima kasih daun keladi.

Hari Pengenalan laluan merentas desa



Thursday, January 21, 2010

PONTENG

Assalamualaikum dan bersua semula,
Ponteng merupakan salah laku disiplin murid yang boleh mengakibatkan murid dikenakan tindakan tatatertib. Tak tercapai akalku bahawa salah seorang anak muridku sanggup menyorok dalam 'gerobok' yang ditinggal oleh penjaja.
Kisahnya berlaku semasa pelajar lain sibuk menjalani latihan merentas desa. Pelajar ini tidak menuju ke sekolah gara-gara tidak memakai baju sukan dan bimbang dimarahi oleh guru sukan. Dengan akal yang pendek, dia menyorok dalam gerobok di tepi jalan laluan merentas desa. Dalam kecerdikan ada bodohnya, kerana badan je disorok tetapi beg sekolah tidak disembunyikan sama. Maka kedapatanlah ia. Kantoi jugak. Akhirnya setelah dipujuk beberapa guru dan guru sukan sendiri barulah dia dibawa ke sekolah.
Nasihat guru sukan kepada murid lain agar jangan mencontohi pelajar ini. Kalau tak pakai baju sukan janganlah ponteng sekolah pulak. Fikir dahulu sebelum bertindak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Fikir-fikirlah sendiri, tindakan murid ini.... Tepuk dada tanya akal, bayangkan anak kita yang bertindak sebegini. Apa tindakan anda....Jauhilah ponteng.

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri atau lebih mudah disebut PMD telah dijalankan pada 18, 19 & 20.01.2001 di SKSL. Program kelolaan Cikgu Malik ( Guru Bimbingan Kaunseling ) ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan di setiap jiwa pelajar bagi menghadapi cabaran sepanjang tahun terutamanya dalam bidang utama Pendidikan bertaraf dunia.
Aktiviti ini melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Antara aktiviti yang dijalankan ialah "Tong Sampah", "Tokoh Disayangi", "Sahibba", "Telinga Lintah", "Kelopak Jantung", "Kerjaya Idaman" dan banyak lagi yang sesuai dengan tahap murid. Berjaya atau tidak program ini bergantung kepada bagaimana guru mengendalikannya di dalam kelas. Ingatlah setiap usaha dan niat yang baik akan beroleh keuntungan nanti, Insya Allah....
Murid Asli 6 Ceria turut berbincang dalam salah satu aktiviti.

Persembahan murid Tahun 5 Cekal.

Pembentangan 'Tong Sampah'

Masih mencari penawar....

Sebenarnya banyak lagi gambar menarik sepanjang aktiviti PMD ini tetapi kerana gambar terakhir ini punca gambar lain "lost".....


Sunday, January 17, 2010

HARI RAMAH MESRA I/2010

Sabtu, 16012010, semasa AJK PIBG bermesyuarat diadakan juga Hari Ramah Mesra. Bagi yang belum tahu, Hari Ramah Mesra ini hampir sama dengan Hari Bertemu Pelanggan. Pelanggan di sini ialah ibu bapa atau penjaga murid SKSL. Pada hari tersebut ibu bapa akan datang ke sekolah bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka dan mengambil laporan peperiksaan. Kali ini, laporan yang disediakan ialah laporan peperiksaan murid akhir tahun 2009. Ibu bapa diberi penerangan mengenai tahap pencapaian anak mereka, apa yang lulus, apa yang gagal, sikap, sahsiah dan keperibadian anak mereka.
Hari Ramah Mesra kali ini kurang menggalakkan. Tidak ramai ibu bapa yang datang berbanding kunjungan ibu bapa untuk ambil duit KWAMP. Mungkin pihak sekolah boleh berikan 'momento' untuk menggalakkan sambutan ibu bapa seperti kelas yang paling ramai ibu bapa yang datang, kelas paling cepat habis, ibu bapa paling awal, ibu bapa yang anaknya ada peningkatan ketara, ibu bapa paling banyak anaknya bersekolah dan berjaya atau pelbagai lagi. Anugerah tersebut boleh disampaikan dalam mesyuarat Agung PIBG. Berikut adalah antara beberapa gambar yang sempat dirakam;