Thursday, December 15, 2016

Persaraan GB & Kak Lela

25 November 2016 (Jumaat) - Majlis Sekalung Budi Sempena Persaraan Pn Hjh Zainah binti Mohd Yunus (Guru Besar) dan Pn Norliah binti Ahmad a.k.a Kak Lela (Pembantu Operasi) diadakan di Dewan SKSL. Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai JPN Selangor, Tn Hj Mat Jah bin Roslan, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Guru Besar Daerah Hulu Langat, KD Zon Cheras, Pengerusi Pengurus Operasi Daerah, Para Pengurus Operasi berhampiran, suami -suami pasangan yang dirai, ibu bapa dan murid-murid. Di sini penulis serta profil yang diraikan:

Pn Hjh Zainah binti Mohd Yunus (Guru Besar)
Dilahirkan pada 15 Sept 1961 di Kuala Lumpur. Berkahwin dengan pilihan hati iaitu Hj Ab Rahim bin Md Ali serta dikurniakan lima orang cahaya mata. Mula berkhidmat di SK Kg Mambang, Pekan, Pahang (Jan 1985 - Mac 1985). SK Sungai Karang, Kuantan Pahang (April 1985 - Disember 1987). Pada 1988 ke SK Sungai Kulim, Kedah sehingga 1990. SK Jalan Peel, KL (Jan 1991 - Disember 1992). SK Jalan Semenyih 1, Kajang, Selangor (Jan 1993 - Dis 1997). SK Seri Jelok (Jan 1998 - Mei 2008). SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (Mei 2008 - Mei 2015) sebagai GPK HEM selama 8 tahun. Terakhir di SK Sungai Lui, Hulu Langat sebagai guru besar mulai Jun 2015 hingga 30 November 2016.

Pn. Norliah binti Ahmad a.k.a Kak Lela ( Pembantu Operasi )
Dilahirkan di Kg Jawa, Batu 18, Hulu Langat, Selangor pada 23 Ogos 1959. Suami beliau En Mohd Yatim bin Sahudi dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau berkhidmat di SK Sungai Lui selama 35 tahun. SKSL sekolah pertama dan terakhir beliau.( 01 Jun 1982 hingga 30 November 2016 ). Walaupun bukan seorang guru namun jasa beliau amat banyak sekali terhadap guru dan SKSL. Telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 dan 2003. Tidak banyak perkara yang ingin ditulis tetapi pengalaman sebenar bersama berkhidmat dengan beliau sukar diterjemahkan. Hanya yang mengalaminya sahaja boleh mengetahui jasa dan khidmat Kak Lela di SKSL.

Dalam Majlis Jamuan Tahunan Guru dan Kakitangan SKSL  sekali lagi dua insan ini diraikan. Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya pada keesokan harinya (26/11/2016). Semoga usaha kecil ini dapat terpahat di sanubari mereka sebagai moment terindah sebagai penjawat awam. Segala kekurangan mohon maaf.

Warga SKSL mengucapkan SELAMAT BERSARA.