Friday, May 31, 2013

MEMOIR 12

video

KEJ PENCAK SILAT SELANGOR

26-28 April 2013, Kejohanan Pencak Silat Sekolah Selangor telah diadakan di SAM Rawang, Gombak. Pelajar SKSL telah mewakili daerah Hulu Langat ke kejohanan tersebut di bawah bimbingan jurulatihnya Tn Syed Zahinyr. Alhamdulillah, walaupun pertama kali menyertai pertandingan peringkat negeri, SKSL telah pulang dengan pingat gangsa dalam Seni Jurus Silat. 
Sebanyak 10 daerah dalam Selangor yang menyertai kejohanan ini. Berikut adalah keputusan rasmi yang diperolehi kontigen Hulu Langat (SKSL):

1. Seni Jurus Silat - Ketiga
2. Seni Tempur (P) - Keempat
3. Seni Tempur (L) - Kelima
4. Seni Tari Silat (L)- Keenam
5. Seni Tari Silat (P)- Keenam
6. Jurus Wajib - Keenam

Seni Jurus Silat
Seni Tempur (L)
Jurus wajib
Seni Tari Silat (L) n (P)

Thursday, May 30, 2013

KEPUTUSAN MTQ ZON TENGGARA 2013

Tahniah dan Syabas kepada pemenang. Tahniah juga kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan MTQ Zon tahun ini... Berikut adalah keputusan rasmi MTQ 2013:

Tilawah Al-Quran ( L )
1. Muhammad Alif Haziq b mohd Razmi ( SK Batu 9 )
2. Muhammad Faris Azri b Shamsul Razi ( SK TAAM )
3. Muhammad Luqman b Khalil ( SK Bukit Raya )

Tilawah Al-Quran ( P )
1. Nur Mayamin bt Abd Rahman ( SK Sungai Tekali )
2. Nur Fatihah Alwani bt Hasbollah ( SK Batu 9 )
3. Norazreen bt Abdul Aziz ( SK TAAM )

Hafazan ( L )
1. Mohd Imtiyaz b Khairuddin ( SK Sungai Serai )
2. Amir Ismail bin Rosli ( SK Sungai Tekali )
3. Muhammad Hariz bin Aluwi ( SK Sungai Lui )

Hafazan ( P )
1. Syaza Nur Adilah bt Abd Khalik ( SK Taman Cuepacs )
2. Safiah Asyiqin bt Mohd Yassin ( SK TAAM  )
3. Aufa Amanathul Kamila bt L.A. Raziq ( SK Taman Puteri )

Bercerita ( L )
1. Muhammad Farid bin Abd Malik ( SK Sungai Lui )
2. Nur Fariez Aiman bin Norazlan ( SK TAAM )
3. Isyraq Marzuki bin Maarof ( SK Sungai Serai )

Bercerita ( P )
1. Nur Juliana Suhaila bt Sudirman ( SK Sungai Lui )
2. Afiqah Mardhiah bt Abu Yazid ( SK TAAM )
3. Alissa Syazana bt Sheitul Rahmat ( SK Sungai Serai )

Nasyid
1. Biqil Atin ( SK TAAM )
2. Soutul Najihah ( SK Taman Cuepacs )
3. Shoutus Safwah ( SK Sungai Serai )

Kompang Selawat
1. An-Najwan ( SK Sungai Serai )
2. Nahawand ( SK Sungai Lui )
3. Al-Ahwaz ( SK Taman Cuepacs )

JOHAN KESELURUHAN : SK TUN ABDUL AZIZ MAJID

Pihak urusetia MTQ Zon Tenggara 2013 ( SK Sungai Lui ) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menjayakan majlis ini. Jumpa lagi 2014 ( SK Bukit Raya ), 2015 ( SK Sungai Tekali ) dan 2016 ( SK Kuala Pomson )....

MTQ ZON TENGGARA 2013

5 Mac 2013 - Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL) telah menjadi tuan rumah MTQ Zon Tenggara untuk tahun ini. Zon Tenggara adalah nama baru yang menggantikan Zon Cheras. Majlis ini meliputi pertandingan Tilawah al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah dari al-Quran kategori lelaki dan perempuan. Manakala acara Nasyid dan Kompang Selawat melibatkan satu kategori sahaja. Tema MTQ pada kali ini ialah 'Al-Quran Penjana Wasatiyah Ummah'. Semua acara diadakan di sekitar SKSL.
Objektif utama MTQ adalah untuk membantu para peserta mengaplikasi  proses pembelajaran serta mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.  Selain itu ia juga dapat merapatkan ukhwah dan bertukar idea antara sekolah yang mengambil bahagian.
Pendaftaran peserta, petugas, hakim dan guru pengiring pada hari tersebut bermula jam 8.00 pagi, diikuti dengan taklimat ringkas hakim. Semua peserta telah diiringi pembantu yang dilantik ke bilik-bilik mengikut acara masing-masing. Sebanyak 14 buah sekolah telah menyertainya, iaitu SK Sungai Lui, SK Kuala Pomson, SK Lubok Kelubi, SK Dusun Tua, SK Sungai Tekali, SK Tun Abdul Aziz Majid, SK Sungai Serai, SK Dusun Nanding, SK Bukit Raya, SK Batu Sembilan, SK Taman Cuepacs, SK Taman Puteri, SJKC Batu Sembilan, SJKC Connaught 2. Hanya dua sekolah sahaja dalam Zon Tenggara tidak menghantar penyertaan iaitu SJKC Batu 14 dan SJKC Choon Hwa.
Jam 9.00 pagi, semua acara diadakan serentak . Seramai 34 orang hakim dari sekolah sekitar Bangi telah dilantik untuk menghakimi persembahan peserta Zon Tenggara kali ini. Hakim tersebut diketuai oleh Ustaz Mohd Khairul Kamal bin Kamaruddin (SK Bandar Baru Bangi) dan dibantu oleh Ustaz Mohd Saidjuddin bin Musa (SK Kajang Utama). MTQ ini juga dipantau sepenuhnya oleh Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat iaitu Ustazah Roslinda binti Kamiss.
Pada jam 12.30 tengah hari, semua acara telah selesai dijalankan. Tetamu kehormat yang hadir menyempurnakan majlis perasmian penutup ialah YB. Tuan Hj Ismail bin Sani, ADUN Dusun Tua. Para peserta dan pemenang telah diberikan piala pusingan, sijil penyertaan dan cenderamata oleh tetamu kehormat. Para pemenang akan mewakili Zon Tenggara ke peringkat daerah pada 19 Mac 2013 di SMK Bandar Baru Bangi. Majlis pada hari tersebut berjalan lancar dan selesai pada jam 1.30 petang.