Sunday, May 14, 2017

Pra Sukan Tahunan 17

Saban tahun kejohanan Sukan Tahunan sekolah memang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Begitu juga dengan para ibu bapa. Segala perancangan dan persiapan diatur bagi memastikan perjalanan sukan dapat berjalan lancar. Bukannya mudah untuk merencanakan program sukan tahunan agar berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
















Saturday, January 21, 2017

Road Run

19 Jan 2017 ( Khamis ) - Bermula dari SKSL ke kawasan kampung Sungai Lui. Keadaan awal pagi yang berkabus tebal tidak menghalang program Road Run 2017 dijalankan. Dahulunya dikenali dengan Merentas Desa. Sebelum acara sebenar berlangsung, pengenalan trek telah diadakan pada 17 Jan 2017 ( Selasa ).
Kejohanan ini diadakan pada awal tahun kerana kejohanan peringkat daerah dan negeri juga pada awal tahun persekolahan. Tujuan utama kejohanan peringkat sekolah adalah untuk mencari dan memilih wakil-wakil ke pertandingan peringkat daerah.
Acara dimulakan dengan taklimat S/U, Pesanan GPK Kokurikulum dan bacaan doa. Peserta telah dilepaskan oleh Pn Hjh Maziah ( GPK kurikulum ).
Terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana yang mengendalikan kejohanan dengan berjayanya. Tahniah kepada para pemenang dan wakil sekolah ke peringkat daerah.


Majlis Perlantikan Pengawas

16 Jan 2017 ( Isnin ) - Majlis perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Pen Ketua Kelas telah diadakan sewaktu perhimpunan mingguan. Majlis ini telah mengiktiraf pemimpin kecil di kalangan pelajar sekolah. Watikah perlantikan diserahkan oleh Guru Besar sebagai tanda pengesahan kepada pemimpin peringkat sekolah. Secara rasminya mereka yang terpilih telah diberi mandat dan amanah membantu guru dalam memestikan iklim sekolah berada pada tahap yang diingini.
Majlis juga mengistyiharkan Nur Alya Farisha binti Mohd Farid sebagai ketua pelajar untuk sesi persekolahan 2017 seterusnya mengetuai bacaan ikrar menjalankan amanah. 
Tahniah kepada pemimpin kecil dan dengan harapan dapat menjalankan tugas membantu guru serta sekolah.











Program Menuju Puncak

14 Jan 2017 (Sabtu), Satu usaha untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR telah diadakan di SKSL. Program ini dinamakan "Program Menuju Puncak" adalah langkah pertama pihak sekolah bersama ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 untuk memastikan kecemerlangan calon UPSR.
Dalam program ini ibu bapa bertemu mata dengan pihak sekolah terutama murid Tahun 6 untuk mencari jalan terbaik bagi kejayaan calon UPSR. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar SKSL, ucapan GPK kurikulum dan pembentangan oleh guru-guru teras Tahun 6.
Majlis diakhiri dengan ikrar oleh calon UPSR.



Saturday, January 7, 2017

GB BARU

WARGA SKSL MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA EN SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN SEBAGAI GURU BESAR SKSL MULAI 2017.

UCAPAN TAHNIAH JUGA KEPADA BELIAU KERANA DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI GURU BESAR. SEBELUM INI BELIAU BERTUGAS DI SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN SEBAGAI GPK KOKURIKULUM.

SEMOGA KEHADIRAN BELIAU DAPAT MEMACU KEGEMILANGAN SKSL. 

Thursday, December 15, 2016

Persaraan GB & Kak Lela

25 November 2016 (Jumaat) - Majlis Sekalung Budi Sempena Persaraan Pn Hjh Zainah binti Mohd Yunus (Guru Besar) dan Pn Norliah binti Ahmad a.k.a Kak Lela (Pembantu Operasi) diadakan di Dewan SKSL. Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai JPN Selangor, Tn Hj Mat Jah bin Roslan, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Guru Besar Daerah Hulu Langat, KD Zon Cheras, Pengerusi Pengurus Operasi Daerah, Para Pengurus Operasi berhampiran, suami -suami pasangan yang dirai, ibu bapa dan murid-murid. Di sini penulis serta profil yang diraikan:

Pn Hjh Zainah binti Mohd Yunus (Guru Besar)
Dilahirkan pada 15 Sept 1961 di Kuala Lumpur. Berkahwin dengan pilihan hati iaitu Hj Ab Rahim bin Md Ali serta dikurniakan lima orang cahaya mata. Mula berkhidmat di SK Kg Mambang, Pekan, Pahang (Jan 1985 - Mac 1985). SK Sungai Karang, Kuantan Pahang (April 1985 - Disember 1987). Pada 1988 ke SK Sungai Kulim, Kedah sehingga 1990. SK Jalan Peel, KL (Jan 1991 - Disember 1992). SK Jalan Semenyih 1, Kajang, Selangor (Jan 1993 - Dis 1997). SK Seri Jelok (Jan 1998 - Mei 2008). SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (Mei 2008 - Mei 2015) sebagai GPK HEM selama 8 tahun. Terakhir di SK Sungai Lui, Hulu Langat sebagai guru besar mulai Jun 2015 hingga 30 November 2016.

Pn. Norliah binti Ahmad a.k.a Kak Lela ( Pembantu Operasi )
Dilahirkan di Kg Jawa, Batu 18, Hulu Langat, Selangor pada 23 Ogos 1959. Suami beliau En Mohd Yatim bin Sahudi dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau berkhidmat di SK Sungai Lui selama 35 tahun. SKSL sekolah pertama dan terakhir beliau.( 01 Jun 1982 hingga 30 November 2016 ). Walaupun bukan seorang guru namun jasa beliau amat banyak sekali terhadap guru dan SKSL. Telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 dan 2003. Tidak banyak perkara yang ingin ditulis tetapi pengalaman sebenar bersama berkhidmat dengan beliau sukar diterjemahkan. Hanya yang mengalaminya sahaja boleh mengetahui jasa dan khidmat Kak Lela di SKSL.

Dalam Majlis Jamuan Tahunan Guru dan Kakitangan SKSL  sekali lagi dua insan ini diraikan. Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya pada keesokan harinya (26/11/2016). Semoga usaha kecil ini dapat terpahat di sanubari mereka sebagai moment terindah sebagai penjawat awam. Segala kekurangan mohon maaf.

Warga SKSL mengucapkan SELAMAT BERSARA.