Saturday, January 21, 2017

Road Run

19 Jan 2017 ( Khamis ) - Bermula dari SKSL ke kawasan kampung Sungai Lui. Keadaan awal pagi yang berkabus tebal tidak menghalang program Road Run 2017 dijalankan. Dahulunya dikenali dengan Merentas Desa. Sebelum acara sebenar berlangsung, pengenalan trek telah diadakan pada 17 Jan 2017 ( Selasa ).
Kejohanan ini diadakan pada awal tahun kerana kejohanan peringkat daerah dan negeri juga pada awal tahun persekolahan. Tujuan utama kejohanan peringkat sekolah adalah untuk mencari dan memilih wakil-wakil ke pertandingan peringkat daerah.
Acara dimulakan dengan taklimat S/U, Pesanan GPK Kokurikulum dan bacaan doa. Peserta telah dilepaskan oleh Pn Hjh Maziah ( GPK kurikulum ).
Terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana yang mengendalikan kejohanan dengan berjayanya. Tahniah kepada para pemenang dan wakil sekolah ke peringkat daerah.


1 comment:

  1. Salam... nak tanya pemberian brim RM 100 untuk pelajar sk sungai lui dibuat atas dasar apa ? pemilihan sekolah atau bagaimana ??

    ReplyDelete