Tuesday, January 3, 2012

KSSR

Apa itu KSSR? KSSR bermaksud Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Merupakan dasar pendidikan negara yang telah melalui proses transformasi dari KBSR yang dilaksanakan pada 1983. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah.
Transformasi kurikulum merupakan satu usaha menyusun semula serta menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi alaf millenium ini. Dalam proses transformasi kurikulum, KPM telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum ini setanding dengan pendidikan global.
KSSR memberi fokus kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ini berbeza dengan KBSR kerana ada penambahannya yang hanya 3M. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Prinsip KSSR pula melalui pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.
Pada Tahap I, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk Modul Teras Asas ( BM,BI,BC,BT, Math, PJ, PK dan PIslam/Moral), Modul Teras Tema ( Dunia Kesenian dan dunia Sains ) dan Modul Elektif ( B Arab,BC, BT, BIban dan B Kadazan ). Selepas itu di tahap II, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular melalui Mata pelajaran teras dan Mata pelajaran Elektif.

Dalam KSSR juga terdapat Elemen Nilai Tambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tunjang Keterampilan Diri pula dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Untuk maklumat lanjut klik.

No comments:

Post a Comment