Monday, January 2, 2012

PERSEKOLAHAN 2012

Tahun demi tahun, penggal persekolahan kini kembali lagi. Pelbagai transformasi telah dilakukan baik dari segi pedagogi mahupun sosio-ekonomi. Persekolahan 2012 akan bermula pada 03 Jan (kump A) dan 04 Jan (kump B).

Sebelum ini KBSM telah ditukarkan kepada KSSR (masuk tahun kedua) dan pelbagai dasar lagi bagi memenuhi aspirasi negara. KSSR ini akan dihuraikan secara terperinci lagi.
Pada 2012 pelajar akan berada di sekolah selama 203 hari dan bercuti selama 87 hari sahaja. Banyak bantuan telah diturunkan kepada murid, jadi mengapa harus berlakunya keciciran. Antara bantuan sedia ada ialah Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan macam-macam lagi.
Terbaru pemansuhan bayaran tambahan. Ibu bapa tidak perlu lagi membuat bayaran tambahan RM 24.50 bagi sekolah rendah. Bayaran itu merangkumi ;

Kokurikulum RM 3.00
Ujian Dalaman RM 6.00
Sukan Tahunan RM 6.00
Kegiatan Agama Islam RM 6.00
MSSM RM 2.00
Insuran Takaful RM 1.50

Pelajar juga turut menikmati bantuan awal persekolahan RM 100.00 yang telah diagihkan kepada pelajar pada tahun lalu. Murid tahun 1 (2012) turut menerima habuan ini pada awal persekolahan nanti. Bantuan awal tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa bagi membeli keperluan persekolahan anak-anak.
KPM juga menetapkan 'Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja, Satu Set Buku Teks' merupakan touch point bagi memastikan semua murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seawal hari pertama persekolahan.
Mengikut sumber seramai 449 475 murid akan memulakan pembelajaran di Tahun Satu 2012.
Namun begitu, dengan pemansuhan bayaran tersebut, ibu bapa masih lagi perlu membuat sumbangan PIBG. Jelasnya ini bukan bayaran tetapi sumbangan 'wajib' kepada pihak sekolah. Penulis beranggapan bahawa aktiviti luar bilik darjah agak sukar untuk dijalankan kerana sekolah kekurangan 'dana' untuk melaksanakan aktiviti. Sekolah kena cari sponsor sendiri, bergantung kepada pihak pentadbir.
Jom pakat-pakat ke sekolah dengan semangat dan azam baru untuk menjadikan sekolah sebagai gedung ilmu.

No comments:

Post a Comment