Friday, December 10, 2010

SUKAN RAKYAT

Kesinambungan Karnival SKSL 2010 diteruskan dengan aktiviti melibatkan komuniti setempat. Sukan rakyat telah diadakan pada hari kedua karnival ( 07/11/2010 ). Sukan rakyat ini diadakan untuk mengertakan hubungan masyarakat setempat yang berada di lingkungan SKSL. Senaman poco-poco telah mengajak semua tetamu memulakan acara pada hari tersebut dan diteruskan dengan pelbagai acara sukaneka. Acara tersebut dibahagi kepada 3 kategori iaitu individu, berpasangan ( suami/ isteri ) dan berkumpulan. Antara acara individu seperti rebut kerusi, cari duit dalam tepung, jalan atas bata, lari kepit bola, pancing ikan, lari 100m ( 80kg ke bawah dan 80kg ke atas ), gubahan sirih junjung dan sebagainya. Lari kaki tiga, bola kasih, baling belon dan masukkan benang ke dalam jarum adalah acara berpasangan. Manakala acara berkumpulan pula harta karun, terompah gergasi, tarik tali dan futsal kain sarung. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua balai Bt 18 bagi mengadili acara tarik tali. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Ismail bin Sani, ADUN Dusun Tua dan kemuncak acara pada hari tersebut beliau telah melepaskan itik bagi acara menangkap itik simbolik penutup sukan rakyat dan karnival SKSL. Segala komitmen dan kerjasama semua pihak yang menjayakan sukan rakyat diucapkan ribuan terima kasih. Jumpa lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment