Wednesday, May 29, 2013

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

 5 Aspirasi Terhadap Sistem Pendidikan dan Murid di Malaysia:

AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

KUALITI - Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

EKUITI - 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar -luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.

PERPADUAN - Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

Tuesday, May 28, 2013

PERKHEMAHAN BERUNIFORM (L) DAERAH HULU LANGAT

Hulu Langat-22 hingga 24 Februari 2013, SK Sungai Lui telah menjadi tuan rumah Perkhemahan Beruniform (L) peringkat Daerah Hulu Langat. Perkhemahan tersebut diadakan di padang sekolah. Penyertaan terdiri daripada murid lelaki sekolah rendah daerah Hulu Langat. Setiap sekolah menghantar 3 atau 4 orang wakil untuk program tersebut. Lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri dari unit uniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja mengikutinya. 
          Pelbagai aktiviti yang dilalui selama 3 hari 2 malam berkhemah di SK Sungai Lui. Segala aktiviti dikendalikan oleh En Hazizan dari SK Dusun Nanding bersama beberapa orang jurulatih yang dilantik khas bagi menjayakan perkhemahan ini. Kem Komanden ialah Tn Syed Zahinyr dan dibantu oleh En. Mohd Affandi.  
         Program ini bermula jam 2.30 petang Jumaat dan berakhir pada 12.30 t/hari 24 Februari. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn. Noor Aidah binti Sofian, Guru Besar SKSL merangkap pengerusi perkhemahan beruniform (L) tahun 2013. Pihak SKSL mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Segala kekurangan dan kesilapan adalah dari kedaifan diri kami. Maaf dipinta....
Tulang belakang perkhemahan beruniform 2013