Sunday, October 17, 2010

JAMUAN RAYA

08 OKT bersamaan 29 Syawal merupakan syawal terakhir tahun ini. Sana sini sibuk mengadakan rumah terbuka atau 'open house'. Tidak ketinggalan SKSL juga mengambil kesempatan mengadakan jamuan raya. Majlis tersebut disekalikan dengan sambutan hari kanak-kanak.
Jamuan raya diadakan secara 'Pot luck' iaitu semua guru mengambil bahagian menyediakan juadah kepada semua murid. Antara juadahnya ialah mee hun, mee, lemang, laksa, dadih, agar-agar, nasi dagang, rendang, nasi himpit kuah kacang, tapai serta aneka kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.Sebelum itu diadakan sambutan hari kanak-kanak, acaranya ialah persembahan dari murid-murid, penyampaian hadiah kepada murid yang menerima anugerah tertentu seperti kedatangan penuh, prihatin, anugerah murid asli, anugerah akademik, kokurikulum dan anugerah khas.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut iaitu YDP PIBG, En. Muhamad Jamal sudi menyampaikan hadiah kepada murid yang terpilih. Tahniah kepada murid yang mendapat anugerah pada hari tersebut dan juga diucapkan tahniah kepada semua guru yang menyediakan juadah raya serta menjayakan program ini.


Saturday, October 16, 2010

HARI KECERGASAN

24 Sept, Jumaat, Otak cerdas datangnya dari badan yang cergas. Benarkah unggkapan ini? Itulah hakikatnya. Justeru itu Pn. Siti Masayu selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SKSL telah merangka satu aktiviti ke arah itu. Hasilnya semua guru dan murid SKSL melakukan aktiviti senaman yang dipimpin oleh kumpulan Wanita Cergas Sungai Lui. Kumpulan ini aktif pada setiap pagi, anda boleh lihat di gelanggang Futsal Kampung Sungai Lui melakukan riadah. Setelah senaman dan tarian poco-poco diadakan pula ujian SEGAK bagi murid tahap dua. Anda lihatlah sendiri gambar di bawah. Anda lihat, anda tahu mereka cergas atau sebaliknya......

Sunday, October 10, 2010

HIJAU JOHAN BOLA SEPAK

07 Okt 2010 ( Khamis ), Acara sukan permainan, bola sepak dan bola jaring telah menjadi acara pembuka bagi karnival sukan tahunan kali ke-32. Setiap rumah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.
Bagi bola sepak diadakan 7 sebelah dan 3 simpanan begitu juga dengan bola jaring 7 pemain dan 3 simpanan. Perlawanan pertama bola sepak melibatkan pasukan Hijau menentang Biru, begitu juga dengan bola jaring. Perlawanan bola sepak antara rumah telah dikendalikan oleh penyelarasnya iaitu En. Abd Malik bin Hj Nayan dan Pn Nor Aishah bt Sulaiman. Mereka adalah jurulatih sekolah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam permainan tersebut. Tahniah diucapkan kepada penyelaras permainan bola sepak dan bola jaring yang berjaya mengendalikan pertandingan hingga ke tamat.
Bola sepak telah diadili oleh En. Abd Malik, En. Mohd Asmizul dan En. AidilYusof. Pn. Nor Aishah, Pn. Noraliza, Pn. Norazua dan Pn. Siti Nurhafezah telah mengadili pertandingan bola jaring. Pasukan rumah Hijau yang dibimbing oleh En. Mohd Asmizul telah menjuarai acara bola sepak dan rumah Biru bimbingan Pn. Nor Aishah menjuarai bola jaring. Perlawanan yang dijalankan secara liga kumpulan itu berakhir pada jam 11.00 pagi. Pasukan yang mendapat Johan mendapat 30 mata, 20 mata Naib Johan dan 10 mata untuk tempat ketiga. Dalam pertandingan ini juga beberapa bakat baru telah dikenalpasti dan akan diserapkan dalam pasukan sekolah.
Kepada pasukan lain usah putus asa kerana banyak lagi acara yang dipertandingkan sehingga kemuncaknya pada 06 November 2010.

Saturday, October 9, 2010

BERMULANYA KARNIVAL SUKAN 2010

05 Oktober 2010, ( Rabu ) Satu mesyuarat rumah sukan telah diadakan bagi menghadapi karnival sukan tahunan pada tahun ini. Karnival kali ini merupakan kali ke-32. Pada tahun ini banyak kelainannya dalam karnival ini kerana ia dijalankan serentak dengan Karnival SKSL. Agak besar juga perancangan pada kali ini, namun kepuasan menanti di penghujung.
Agihan rumah sukan seperti biasa iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah begitu juga guru penasihat telah ditetapkan semula berdasarkan kepada undian. Dalam mesyuarat tersebut semua rumah melantik pengerusi dan AJK yang lain, mengatur, mencongak strategi serta memilih pemain bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu sukan permainan, sukaneka, olahraga iaitu acara balapan dan padang. Setiap rumah sukan disertai oleh 6 orang guru penasihat dan lebih kurang 85 orang setiap rumah.