Sunday, July 15, 2012

Senamrobik 1M 1S 1malaysia

10 Julai 2012, sekolah seluruh negara telah mengadakan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ( 1M 1S 1M ). Senamrobik Serentak 1M 1S 1M diadakan sempena Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran 2012. Aktiviti ini kesinambungan Larian Serentak 1M 1S 1M membabitkan 4.1 juta pelajar pada tahun lepas.

Berdasarkan bancian awal peserta yang mengikuti program ini hampir 4 juta yang membabitkan lebih 10 ribu buah sekolah. Senamrobik peringkat kebangsaan telah dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di padang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya. Sekali lagi aktiviti ini tersenarai dalam Malaysia Book of Record.
SK Sungai Lui juga turut menyahut aktiviti tersebut. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu-ibu, bapa-bapa yang turut meluangkan masa untuk sama bersenamrobik.

1 comment:

  1. anak2 x habis2 bercerita tentang ini ! hehe

    ReplyDelete