Sunday, July 29, 2012

Guru Besar

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, begitu juga dalam pusingan hidup ini. Sebagai penjawat awam yang ditempatkan di mana-mana organisasi, kita mesti menuruti. "Saya yang menurut perintah". Perkataan tersebut amat sinonim dengan penjawat awam.
 
Ya, setelah En. Sahrom bertukar ke SK Taman Jasmin 2, tempatnya diganti pula oleh Pn. Noor Aidah binti Sofian. Beliau sebenar tidak asing lagi dengan guru-guru sekitar di daerah Hulu Langat. Sebelum ini beliau pernah bertugas di SK Lubok Kelubi, SK Dusun Nanding, SK Kuala Pomson dan SK Taman Puteri. Beliau telah mula menjalankan tugas sebagai Guru Besar SK Sungai Lui pada 16 Julai 2012. Kami warga SKSL mengalu-alukan kedatangan kedatangan beliau.

1 comment: