Monday, March 29, 2010

KEJOHANAN B/SEPAK ZON CHERAS

23-25 Mac 2010, bertempat di Padang SK. Sungai Lui telah diadakan kejohanan bola sepak Zon Cheras. Dalam kejohanan tersebut sebanyak 14 buah sekolah dalam Zon Cheras telah mengambil bahagian. Sekolah tersebut dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut undian iaitu Kumpulan A, diketuai oleh tuan rumah SK. Sungai Lui (SKSL), Sekolah Sri Cempaka (SSS), SK Desa Baiduri (SKDB) dan SK Taming Jaya (SKTJ). Kumpulan B pula, Juara bertahan SK Dusun Nanding (SKDN), SK. Dusun Tua (SKDT), SK. Cheras Jaya (SKCJ) dan SK. Taman Cuepacs (SKTC). Kumpulan C, SK. Bandar Tun Hussien Onn 2 (SKBTHO 2), SK. Bandar Tun Hussien Onn(SKBTHO) dan SK Lubok Kelubi (SKLK), manakala kumpulan D ialah SK. Batu 9, Cheras(SKBT9), SK. Tun Abdul Aziz Majid (SKTAAM) dan SK. Bukit Raya (SKBR).
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan memilih wakil zon ke Kejohanan Bola Sepak MSSDHL yang akan berlangsung pada 15 April 2010. Hari pertama dijalankan pertandingan peringkat kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan masing-masing akan ke pusingan suku akhir serta seterusnya. Pasukan yang layak bertanding pada hari kedua ialah SKDB,SKTJ, SKDN, SKTC, SKBTHO2, SKBTO, SKBT9 dan SKTAAM. Akhir sekali kejuaraan pada tahun ini adalah hak milik SKBTHO 2 yang mengalahkan jirannya SKBTHO pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-1. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.
Pihak penganjur juga mengucapkan terima kasih kepada para pengadil, jurulatih, pemain yang memberi kerjasama sepanjang kejohanan berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua urusetia dan jawatankuasa pelaksana ( guru-guru SKSL ) yang telah banyak membantu menjayakannya. Segala kesilapan dan kekurangan sama-sama diatasi dan diperbaiki pada masa akan datang. Jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment