Thursday, November 22, 2012

PREVE

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Rezeki seseorang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Telah tersurat bahawa NOR JULIANA SUHAILA BINTI SUDIRMAN murid SK Sungai Lui telah memenangi hadiah utama Program i-THiNK. Program ini ialah satu program yang menitikberatkan kaedah pembelajaran abad ini. Hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia ini mengadakan 'road show' ke seluruh negara akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk keterangan lanjut sila kunjungi www.ithink.org.my
       Perdana Menteri Malaysia,YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Dalam 'road show' di seluruh negara pelbagai hadiah disediakan kepada pengunjung bertuah antaranya kamera, telefon bimbit, ipad dan hadiah utama sebuah kereta Preve. Kalau dah rezeki, maka kereta Preve tersebut menjadi hak milik Norjuliana Suhaila binti Sudirman. Warga SKSL tumpang gembira dan tumpang bergambar.... Tahniah...
Roadshow di SK Dusun Nanding
Terima Preve dari AIM
Mencuba nasib.....cabutan bertuah....
Salah satu kaedah dalam i-Think
Tumpang sekaki
Tuah anak, boleh beraya dengan Preve....
        

No comments:

Post a Comment