Wednesday, May 30, 2012

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2012

Pada 19 Mei 2012 di Sk Sungai Lui telah diadakan satu program dengan tema "PLAY TO LEARN". English Language Carnival 2012 atau Karnival Bahasa Inggeris 2012 ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kampung Sungai Lui dengan kerjasama Rotary Club Kuala Lumpur Diraja, Rotact Club Of Kuala Lumpur, PIBG dan SKSL sendiri.
Acara yang bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang  dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti story-telling, scrabble, spelling, drawing, colouring, karaoke, treasure hunt, exhibition, lucky draw, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pfizer dan aneka gerai makanan dan minuman. Hadiah menarik disediakan kepada setiap pemenang.
Misi utama karnival ini diadakan untuk memberi galakkan kepada murid untuk berbahasa Inggeris dengan yakin. Pelajar yang mengambil bahagian dalam bahasa Inggeris ini amat seronok kerana setiap penglibatan akan mendapat hadiah. Begitu juga dengan ibu bapa. Ada ganjaran wang ringgit serta barangan elektrik disediakan untuk cabutan bertuah. Memang bertuah.
Program ini juga dihadiri oleh beberapa sukarelawan dari dalam dan luar negara antaranya Mdm Judy yang datang dari Australia. Katanya, amat seronok bila masuk ke SK Sungai Lui dengan udara yang nyaman serta tertarik dengan penglibatan masyarakat di Sungai lui dengan program ini. 
Program ini turut dihadiri juga YB Hj Ismail bin Sani, ADUN Dusun Tua yang sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta menutup majlis tersebut.
Penulis amat berterima kasih kepada semua sukarelawan, Persatuan Kebajikan Kg Sg Lui yang diterajui oleh En Ahmad Sale, Tn Hj Adnan, Pn. Zaharah, En. Jamal serta jawatankuasanya, PIBG juga guru-guru yang banyak membantu menjayakan program ini



 "Towards Better English and Brighter Future"

No comments:

Post a Comment