Monday, August 8, 2011

MINGGU PSS 2011

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca. Aktiviti yang menggalakkan murid sentiasa berdamping dengan buku ini telah dijalan sepanjang tahun. Namun fokus utama ialah pada 11 hingga 15 Julai 2011 melibatkan pertandingan tertentu untuk murid Tahap 1 dan 2. Antaranya, merekacipta topeng muka, membalut hadiah paling kreatif, merekacipta penanda buku, pertandingan mewarna tahap 1 dan 2, merekacipta kad ucapan gergasi dan kuiz. Selain itu ada juga pertandingan mengikut kelas iaitu tulisan cantik, perbendaharaan kata, tulisan berangkai, deklamasi sajak dan banyak lagi.

Menurut Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SK Sungai Lui, Pn. Rodziah bt. Ahmad, objektif Minggu PSS ini untuk menonjolkan bakat semulajadi murid dalam bidang yang disukainya, memberi keyakinan dan kepuasan kepada murid-murid ketika mengambil bahagian, melatih murid agar lebih cergas dan peka kepada alam sekitar, menggalakkan tabiat membaca di kalangan murid dan Melibatkan penyertaan semua murid. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 18 Julai 2011. Anugerah Tokoh Nilam semester pertama telah dimenangi oleh Nur Afrina Hany Bt Nazryzam ( Tahap 1 ) dan Shahrul Mizan B. Sohaili ( Tahap 2 ).

Pn. Rodziah juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKSL yang banyak membantu beliau dalam menjayakan program PSS sepanjang beliau menerajui PSS sekolah.

No comments:

Post a Comment