Sunday, July 10, 2011

Larian 1M1S1M

2 Julai 2011, Sabtu - Semua sekolah seluruh negara diarahkan supaya melaksankan program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Serentak jam 7.45 pagi semua murid, guru dan ibu bapa turut berlari dalam jarak 1.5km. Tujuannya adalah untuk merealisasikan dasar 1Murid 1Sukan yang telah disarankan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin bin Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.
Acara tersebut diadakan juga di SK Sungai Lui melibatkan semua murid, guru dan ibu bapa. Senamrobik mendahului acara pada pagi tersebut. YDP PIBG, En. Kamarulzaman telah melepaskan peserta larian tepat jam 7.45 pagi.

No comments:

Post a Comment