Friday, September 4, 2009

MAJLIS RESTU UPSR



04 Sept 2009, Di Dewan SKSL telah diadakan 'majlis restu' dan penyampaian bantuan berupa peralatan peperiksaan kepada calon UPSR SKSL.

Tetamu kehormat; Pn. Selamah bt Packeer Mohamed ( GBSKSL), YB. Tn. Johan b. Abd. Aziz, En. Md Rushaidi Aziz dan Tn Hj. Hassan ( Pengerusi JKKP Kg Sg Lui ).

Kunjungan YB disertai oleh Ketua Kampung JKKP, Biro Pendidikan JKKP, YDP PIBG, JKKP serta beberapa orang kanan beliau. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Zalinor b. Zainuddin dan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Hakim bin Hassan. Pn. Selamah telah menyampaikan ucapan dan berterima kasih kepada YB serta rombongan yang sudi memberi bantuan peralatan peperiksaan kepada calon. Tidak ketinggalan Pengerusi Biro Pendidikan yang juga merupakan murid tua SKSL turut memberi nasihat dan perangsang kepada calon. Beliau juga sedia membantu pihak sekolah pada bila-bila masa sahaja. Itu janji beliau.

YB. Tn. Johan b. Abd. Aziz menyampai amanat dan perangsang kepada calon UPSR.

Kemuncaknya, ucapan dan nasihat dari YB. Tuan Johan. Beliau berharap semua murid mesti mendapat restu dari ibu bapa dan guru. Ibu bapa penting kerana doa ibu adalah yang paling makbul. Kalau hidup hendak berkat jangan lawan cakap ibu. Begitu juga dengan guru kerana gurulah yang memberi ilmu dan panduan bagi menghadapi UPSR. Jangan menyakiti hati guru. Keberkatan ilmu amat penting. Selain itu beliu juga berjanji akan menyalurkan bantuan untuk membantu sekolah. "Peruntukkan ada", katanya. Beliau akan membantu terutama sekolah-sekolah di luar bandar macam SKSL.

Salah seorang calon menerima bantuan perlatan UPSR


Pada tahun ini seramai 68 calon termasuk 5 murid asli akan menduduki UPSR di SKSL.Semua calon ditempatkan di dewan SKSL. UPSR akan bermula pada 08.09.09 hingga 10.09.09. Semua guru SKSL dan Kampung Sg. Lui mendoakan agar semua calon beroleh kejayaan cemerlang seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara selaras dengan visi 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Antara calon yang akan menduduki UPSR di SKSL pada 08-10.09.09.

No comments:

Post a Comment