Saturday, August 22, 2009

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKSL 2009

SUNGAI LUI, 27 JUN 2009, Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL) menyaksikan kehebatan pasukan rumah Merah menjadi juara keseluruhan dalam Karnival Sukan Tahunan kali Ke-31.
Pasukan Merah telah memperolehi mata keseluruhan sebanyak 1150 mata berbanding rumah Kuning 1070 mata, Biru 970 dan Hijau dengan pungutan 890 mata. Menurut guru penasihat rumah Merah En. Mohd Hazmil bin Hj. Abu Hassan (gambar kecil) kejayaan yang diraih oleh pasukan rumah Merah adalah hasil dari kerjasama guru-guru dalam melatih pasukan rumah Merah. Selain itu usaha gigih dan kesungguhan sesama atlit membuahkan kejayaan ini.
Karnival yang berlangsung tersebut telah mencungkil bakat-bakat baru untuk digilap agar sebaris dengan atlit negara. Hakikatnya
SKSL mempunyai ramai murid yang berbakat dalam sukan.
Permainan lain yang turut diadakan dalam karnival tersebut ialah bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan tarik tali campuran. Acara tersebut telah dimonopoli sepenuhnya oleh rumah Kuning.
Murid tahap dua telah menyertai acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Manakala murid tahap satu mengambil bahagian dalam acara sukaneka mengikut kategori dan tahun yang telah ditetapkan.
Karnival tahunan ke-31 itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKSL iaitu En. Muhamad Jamal bin Hj. Sharif.Beliau mengingatkan bahawa aktiviti bersukan juga dapat merealisasikan misi negara iaitu 1 Malaysia.
Aktiviti tahunan ini juga telah meninggalkan kenangan manis buat Adik Muhammad Haziq Naqiuddin bin Md. Ramli kerana dinobatkan sebagai olahragawan. Beliau memungut 2 Emas individu dan 2 Emas berpasukan.
Olahragawati SKSL pula disandang oleh Adik Noor Hidayah bt. M. Noor dengan pungutan 4 Emas dan 1 Gangsa individu serta 2 Emas berpasukan. Manakala olahragawan dan olahragawati harapan karnival sukan tahunan disandang oleh Adik Amar Sharizan bin Shari dan Adik Siti Nurhafizah bt. Abu Bakar. Kedua-duanya dari tahun lima.
Kejayaan karnival tersebut adalah hasil kerjasama semua pihak yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kemeriahan ini akan dipertingkatkan pada tahun hadapan.

-S/u sukanSKSL

No comments:

Post a Comment