Wednesday, December 14, 2016

Graduasi Tahun 6 & Hari anugerah

24 Nov 2016, Khamis - SKSL telah mengadakan Majlis Graduasi Murid tahun 6/2016 dan Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar. Objektif utama majlis diadakan untuk memberi penghargaan dan meraikan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum sepanjang 2016. Hari Graduasi Tahun 6 diadakan dua sesi dan dirasmikan oleh En Sufian Ahmad ( YDP PIBG ). Semua pelajar tahun 6 dianugerahkan sijil tamat sekolah.
       Selepas majlis tersebut diadakan pula Hari Anugerah bagi memberi pengiktirafan kepada murid yang berjaya dalam setiap pelajaran dan berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan setiap kelas. Begitu juga dengan pelajar Tahun 6. Kemuncak acara ialah penganugerahan hadiah dan sijil kepada Tokoh Murid SKSL 2016. Tokoh Murid 2016 telah dianugerahkan kepada Nur Frina Hany binti Nazryzam. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Teruskan kecemerlangan bersama SKSL. 
TOKOH MURID 2016
                             


Monday, December 12, 2016

SUKAN Kali ke-38

19 Nov 2016, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL) telah diadakan Hari Sukan Tahunan untuk kali ke-38. Sukan tahunan ini lebih kepada acara sukaneka untuk tahap 1 dan acara padang untuk tahap 2. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Zin ( Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat ).
Seperti biasa mendahului acara ialah perbarisan lintas hormat dengan kreativiti guru rumah sukan. Diketuai dan bacaan ikrar oleh Nur Afrina Hany binti Nazryzam ( Ketua murid ). Acara yang dipertandingan seperti perbarisan, hiasan rumah, tarik tali, acara padang dan sukaneka.
Acara tarik tali mendapat perhatian ramai telah dimenangi oleh: Tarik tali (L) - Kuning, Biru, Merah dan Hijau. Tarik tali (P) - Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Perbarisan dan Hiasan Rumah sukan - Biru, Merah, Kuning dan Hijau. Keseluruhan - Kuning, Biru, Hijau dan Merah. Olahragawan disandang oleh Muhammad Haziq Fahmi bin Bakhtiar ( Kuning ) manakala Olahragawati dimenangi Mariam a/p Angkoh ( Hijau ).
Acara pada hari tersebut selesai pada jam 2.00 petang.
 

JOHAN Keseluruhan Sukan 2016