Thursday, January 21, 2010

PONTENG

Assalamualaikum dan bersua semula,
Ponteng merupakan salah laku disiplin murid yang boleh mengakibatkan murid dikenakan tindakan tatatertib. Tak tercapai akalku bahawa salah seorang anak muridku sanggup menyorok dalam 'gerobok' yang ditinggal oleh penjaja.
Kisahnya berlaku semasa pelajar lain sibuk menjalani latihan merentas desa. Pelajar ini tidak menuju ke sekolah gara-gara tidak memakai baju sukan dan bimbang dimarahi oleh guru sukan. Dengan akal yang pendek, dia menyorok dalam gerobok di tepi jalan laluan merentas desa. Dalam kecerdikan ada bodohnya, kerana badan je disorok tetapi beg sekolah tidak disembunyikan sama. Maka kedapatanlah ia. Kantoi jugak. Akhirnya setelah dipujuk beberapa guru dan guru sukan sendiri barulah dia dibawa ke sekolah.
Nasihat guru sukan kepada murid lain agar jangan mencontohi pelajar ini. Kalau tak pakai baju sukan janganlah ponteng sekolah pulak. Fikir dahulu sebelum bertindak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Fikir-fikirlah sendiri, tindakan murid ini.... Tepuk dada tanya akal, bayangkan anak kita yang bertindak sebegini. Apa tindakan anda....Jauhilah ponteng.

No comments:

Post a Comment