Bila musim sekolah dibuka semula, ibu bapalah yang paling sibuk. Agaknya dah lama ibu bapa tak duduk dalam kelas. Bukannya apa sibuk nak uruskan persekolahan anak-anak dari segi kelengkapan pakaian dan alat tulis serta yuran. Semuanya duit. Inilah pengorbanan ibu bapa nak lihat semua anak jadi pandai. Namun itu semua tanggungjawab ibu bapa.
Baru je tahun baru menjengah, banyak sekolah mengadakan orientasi untuk murid baru termasuk SKSL. Pada 02 Jan 2010 bertempat di dewan SKSL ibu bapa murid tahun satu telah diberi taklimat oleh pihak sekolah dan murid telah menduduki ujian diagnostik (saringan) untuk mengetahui tahap kebolehan murid. Bagi murid yang menguasai asas membaca boleh diteruskan PnP, dan bagi murid yang belum menguasai terpaksa masuk kelas KIA2M.
Pn Fazdly Suriani memberi taklimat kepada ibu bapa dan murid tahun 1.
Sebahagian murid dan ibu bapa mendengar taklimat.
Pn. Nor Azua memberi arahan kepada murid sebelum ujian dijalankan.
En. Sahrom bin Shamsudin ( GB ) memberi taklimat
No comments:
Post a Comment