Monday, May 28, 2012

16 MEI

Mei adalah bulan yang penuh dengan sambutannya. Bermula 01 Mei ( Hari Buruh ), 05 Mei ( Hari Bomba ), 12 Mei ( Hari Jururawat ), 13 Mei- Ahad minggu ke-2 bulan Mei ( Hari Ibu )15 Mei ( Hari Belia ) dan 16 Mei ( Hari Guru ). Penulis mengambil kesempatan untuk membincangkan 16 Mei kerana ada kaitan dengan blog ini. Pada tahun 2012, sambutan hari guru peringkat kebangsaan diadakan di Kuala Kangsar, Perak. Namun sambutan bagi negeri, daerah dan sekolah adalah berbeza dan ditetapkan oleh jawatankuasa sambutan masing-masing.
Tema sambutannya berbeza dari setiap tahun. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema hari guru 2012. Berikut penulis sertakan tema-tema hari guru setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 1972.
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 - Bersatu Memartabatkan Prosefion Keguruan
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 - Guru dan Masyarakat Asas kemajuan Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 - Pendidikan Teras perpaduan Negara
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 - Guru dan Pembangunan Negara
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 - Kerjasama ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Semua guru hayatilah tema ini dengan hati yang tulus, renung-renung dan fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment