Sunday, December 2, 2012

BULAN MERDEKA

Ogos sinonim dengan bulan kemerdekaan. Seperti biasa SKSL tetap menyahutnya dengan pelbagai aktiviti. Pada 2012 satu projek gergasi telah dijayakan oleh penyelaras bulan kemerdekaan iaitu Pn Fadzly Surianie binti Mohamad Sohaimi. Projek tersebut ialah menghasilkan bendera gergasi dengan kaedah capan (cop tangan). Setiap warga SKSL akan mengecop pada kain putih untuk dijadikan bendera. Projek ini dikendalikan sepenuhnya oleh dua orang guru praktikum dari IPIK, Cheras iaitu Mohd Fadlan dan Mohd Safuan.

Thursday, November 22, 2012

PREVE

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Rezeki seseorang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Telah tersurat bahawa NOR JULIANA SUHAILA BINTI SUDIRMAN murid SK Sungai Lui telah memenangi hadiah utama Program i-THiNK. Program ini ialah satu program yang menitikberatkan kaedah pembelajaran abad ini. Hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia ini mengadakan 'road show' ke seluruh negara akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk keterangan lanjut sila kunjungi www.ithink.org.my

Saturday, November 17, 2012

AKAN KEMBALI......

TO BE CONTINUE........

Sunday, July 29, 2012

Guru Besar

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, begitu juga dalam pusingan hidup ini. Sebagai penjawat awam yang ditempatkan di mana-mana organisasi, kita mesti menuruti. "Saya yang menurut perintah". Perkataan tersebut amat sinonim dengan penjawat awam.

Sunday, July 15, 2012

Senamrobik 1M 1S 1malaysia

10 Julai 2012, sekolah seluruh negara telah mengadakan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ( 1M 1S 1M ). Senamrobik Serentak 1M 1S 1M diadakan sempena Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran 2012. Aktiviti ini kesinambungan Larian Serentak 1M 1S 1M membabitkan 4.1 juta pelajar pada tahun lepas.

Friday, July 6, 2012

Perpisahan GB Sahrom

Sudah lumrah dunia ada awal ada akhir, ada temu ada pisah, ada datang ada pergi. Kenapa sering menangisi perpisahan? Tanpa pertemuan tiada perpisahan. Semuanya ujian Allah. Namun ingatlah patah tumbuh hilang berganti. Tetapi yang tumbuh tak sama, kerana lain padang lain belalangnya.

Wednesday, May 30, 2012

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2012

Pada 19 Mei 2012 di Sk Sungai Lui telah diadakan satu program dengan tema "PLAY TO LEARN". English Language Carnival 2012 atau Karnival Bahasa Inggeris 2012 ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kampung Sungai Lui dengan kerjasama Rotary Club Kuala Lumpur Diraja, Rotact Club Of Kuala Lumpur, PIBG dan SKSL sendiri.

Monday, May 28, 2012

16 MEI

Mei adalah bulan yang penuh dengan sambutannya. Bermula 01 Mei ( Hari Buruh ), 05 Mei ( Hari Bomba ), 12 Mei ( Hari Jururawat ), 13 Mei- Ahad minggu ke-2 bulan Mei ( Hari Ibu )15 Mei ( Hari Belia ) dan 16 Mei ( Hari Guru ). Penulis mengambil kesempatan untuk membincangkan 16 Mei kerana ada kaitan dengan blog ini. Pada tahun 2012, sambutan hari guru peringkat kebangsaan diadakan di Kuala Kangsar, Perak. Namun sambutan bagi negeri, daerah dan sekolah adalah berbeza dan ditetapkan oleh jawatankuasa sambutan masing-masing.

PERSEDIAN UPSR

Pada 14 hingga 18 Jun 2012, Kursus teknik menjawab UPSR telah diadakan bagi membantu calon UPSR SKSL menghadapi situasi sebenarnya pada September nanti. Seperti biasa teknik menjawab ini telah disampaikan oleh guru pakar serta pemeriksa kertas UPSR. Antaranya: Pn. Hasnah ( BM ), En. Ahmad Azmi ( BI ), Pn. Siti Sarah ( SCIENCE ) dan En. Noor Hashim ( MATH ).

Tuesday, May 1, 2012

Saturday, April 21, 2012

Pembayaran Sumbangan PIBG 2012


Salam buat semua,
Pembayaran sumbangan ini boleh dibuat mulai 01 April 2012. Jumlah sumbangan adalah sebanyak RM 30.00/sekeluarga. Kaedah / Cara pembayaran ialah :
1. Pembayaran secara tunai melalui guru kelas.
2. Cash deposit / online banking melalui akaun CIMB BANK 1228-0004278-05-5 (PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI). Sila tulis nama anak dan kelas pada slip pembayaran / resit transaksi berkenaan. Sila serahkan salinan asal slip pembayaran / resit transaksi kepada guru kelas sebagai bukti pembayaran.

Wednesday, April 11, 2012

PENCAK SILAT

27 - 29 Mac 2012 telah diadakan pertandingan pencak silat sekolah-sekolah daerah Hulu Langat di SMK Taman Tasek, Ampang. SKSL telah menghantar empat orang pesilat dalam tiga kategori iaitu Ahmad Hakeemul Amin bin Edi Zamri ( Seni Tari Silat Putera ), Fatin Hazwani binti Rosudin ( Seni Tari Silat Puteri ) dan Nurhafizah binti Rosudin bersama Nur Husnina binti Aminal Rashid ( Seni Tempur Puteri ).
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar jurulatih silat En. Syed Muhd Zahinyr SKSL berjaya membolot emas semuanya. Tahniah...

SEPAK TAKRAW

19-24 Mac 2012, Banting, Selangor, telah berlangsungnya kejohanan sepak takraw MSS Selangor 2012. Dua pelajar SKSL telah mewakili daerah Hulu Langat bagi kategori 12 tahun ke kejohanan tersebut. Dua pelajar itu ialah Muhammad Aidil Haiqal bin S. Rosli dan Muhammad Syakir Iman bin Supirman.
Keputusannya pasukan tersebut berjaya mendapat tempat Naib Johan bagi acara berpasukan dan ketiga untuk kategori antara regu. Tahniah diucapkan kepada pelajar terbabit kerana membantu pasukan MSSDHL.

Monday, March 12, 2012

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN 1433

Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) merupakan aktiviti tahunan anjuran Sektor Pendidikan
Islam PPD yang diagihkan kepada zon-zon dalam daerah. KTQ Zon Cheras Hulu Langat telah diadakan pada 03 Mac 2012 di SK Tun Abdul Aziz Majid ( TAAM ) mulai jam 8.00 pagi.
Sama juga dengan zon lain, tema KTQ tahun ini ialah Al-Quran Menjana Transformasi Ummah. Begitu juga acara yang dipertandingan seperti Tilawah (L) dan (P), Hafazan (L)
dan (P), bercerita Kisah al-Quran (L) dan (P), Nasyid serta kompang selawat formasi.
Sebanyak 16 buah sekolah dalam Zon Cheras mengambil bahagian; SK TAAM, SK SG SERAI, SK DUSUN TUA, SK LUBOK KELUBI, SK KUALA POMSON, SK SG LUI, SK SG TEKALI, SK BT SEMBILAN, SK TMN CUEPACS, SK TMN PUTERI, SK DUSUN NANDING, SK BKT RAYA, SJK(C) CONNAUGHT 2, SJK(C) BATU 9, SJK(C) BATU 14 DAN SJK(C) CHOON HWA. hakim pertandingan semuanya datang dari Zon Ampang yang diketuai oleh
Ustazah Salmah bt Salleh 9 (SK Taman Muda ) dan dibantu oleh Ustaz Mohd Sabaruddin Che Hassan (SK Pandan Perdana).
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Tn Hj Ismail bin Sani ( ADUN Dusun Tua ). Beliau juga turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Mohd Mahmudi bin Bakri ( PPDHL ), Ustazah Roslinda bt Kamiss ( Penyelia Pendidikan Islam PPDHL ), Guru Besar Zon Cheras dan ibu bapa.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Tilawah Al-Quran ( Lelaki )
1. SK SUNGAI LUI - Ahmad Hakeemul Amin bin Edi Zamri
2. SJK (C) CONNAUGHT 2
3. SK LUBOK KELUBI
Tilawah Al-Quran ( Perempuan )
1. SK SUNGAI LUI - Fatin Hazwani bt Rosudin
2. SK TAAM
3. SK SUNGAI SERAI

Hafazan ( Lelaki )
1. SK DUSUN TUA
2. SK BATU SEMBILAN
3. SK SUNGAI SERAI

Hafazan ( Perempuan )
1. SK TAMAN CUEPACS
2. SK TAAM
3. SK BATU SEMBILAN

Bercerita Kisah Al-Quran ( Lelaki )
1. SK SUNGAI LUI - Muhammad Farid b Abd Malik
2. SK SUNGAI SERAI
3. SK TAAM

Bercerita Kisah Al-Quran ( Perempuan )
1. SK TAAM
2. SK TAMAN CUEPACS
3. SJK(c) CONNAUGHT 2

Nasyid
1. SK SUNGAI SERAI
2. SK TAMAN CUEPACS
Kompang Selawat Formasi
1. SK SUNGAI SERAI
2. SK BATU SEMBILAN

JOHAN KESELURUHAN - SK SUNGAI LUI.
Setiap pemenang akan mewakili Zon ke peringkat Daerah Hulu Langat. Teruskan berusaha semoga mendapat tempat di peringkat daerah seterusnya mewakili daerah ke peringkat negeri. Jumpa lagi KTQ 2013/1434H di SK SUNGAI LUI..... InsyaAllah....


Sunday, March 11, 2012

Track n Feild

28, 29 Feb dan 1 Mac 2012, Stadium UKM Bangi telah diadakan kejohanan Balapan dan Padang MSSDHL. SKSL telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut seperti Lontar Peluru (terbuka) Lompat jauh L4, L5, P4 dan P5. 200M L4 dan L5. Walaupun sukar untuk mendapat tempat namun SKSL tetap memberi saingan. Antaranya 200M L4 yang mana Ahmad Hakeemul Amin layak ke separuh akhir. Dalam acara lompat jauh L5 Muhammad Firdaus Aminal Rashid telah mendapat tempat ke-6 dari 74 peserta. Manakala Lompat Jauh P5 Hurhayani Hanis bt Mohd Azni telah mendapat tempat ke10 dari 60 peserta, tahniah. Cuba lagi tahun depan...



S/TAKRAW MSSDHL 12

20 hingga 21 Feb 2012, telah berlangsungnya Kejohanan sepaktakraw MSSDHL ( R ) di Sk Bandar Seri Putra, Bangi. Aktiviti tahunan ini diadakan untuk memilih pemain terbaik dari setiap sekolah bagi mewakili daerah Hulu Langat ke kejohanan peringkat negeri Selangor. Seramai 12 orang murid yang akan terpilih.
Dalam kejohanan peringkat daerah itu, SKSL mempertaruhkan 3 regu.
Regu A dibarisi Ahmad Hakeemul Hakim (tekong), Kamarul Amzar (apit kanan) dan Amir Izzwan (apit kiri).
Regu B dibarisi Muhammad Azim (tekong), Muhammad Firdaus (apit kanan) dan M Syafiq (apit kiri)
manakala Regu C dibarisi M. Aidil Haiqal (tekong), Amir Akhtar (apit kanan) dan M Syakir Iman (apit kiri).
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aidil Haiqal b S Rosli dan Muhammad Syakir Iman bin Supirman kerana telah terpilih mewakili daerah Hulu Langat ke kejohanan sepaktakraw MSSS 2012.

MESY AGUNG PIBG KE-38

04 Feb 2012 - Dewan SK Sungai Lui, mesyuarat Agung PIBG ke 38 telah sempurna dijalankan dengan keadaan aman dan lancar. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan anak, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, jangan sudah terantuk baru nak tengadah.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat ini. Terima kasih sekali lagi. Juga tahniah kepada kabinet baru PIBG bagi sesi 2012, semoga banyak lagi transformasi dan resolusi dibuat dalam kabinet baru ini.
Berikut adalah barisan pimpinan PIBG 2012;
Yang diPertua : En Kamarulzaman bin Hj Abdullah
Naib YDP : En. Mohd Azni bin Abdul Rahman
Setiausaha : En. Syed Muhd Zahinyr bin Syed Abdul Rahim
Bendahari : En. Mohd Fazly bin Mamat @ Zakaria
AJK Guru : En. Azman bin Ahmad Sapuan, Pn. Noraliza binti Naharudin, Pn. Zaiton binti Yahya. En. Aluwi bin Md Yasin, dan Pn. Halimatun Saadiah binti Johari.
AJK Ibu bapa : En. md Rizal bin Mustapa, En. Miftah Rahmat bin Mohlas, En Til bin Embong, Pn. Salmiah binti Baharudin, Pn. Harijah bt Abdul Kadir dan Pn. Azizah bt Hj Mohd Rasol.
Juru audit dalaman : En Abdul Hakim bin Hassan dan Tn Hj Abdul Kadir bin Rio.

Sunday, February 5, 2012

MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum .....
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga serta para sahabat baginda.
Setiap tahun 12 Rabiulawal akan diingati oleh seluruh umat Islam tentang kelahiran seorang Nabi dan Rasul untuk seluruh umat juga penamat segala Nabi yang membawa penyuluh kepada sekelian alam.
Tetapi, apa gunanya jika kita berarak dengan pelbagai sepanduk dan pakaian sedondon sedangkan sunnah baginda diabaikan. Ambillah peluang cuti sempena maulidur rasul ini untuk kita memperingati baginda serta menambahkan amal ibadat. Sekali kita berselawat ke atas baginda maka Allah akan berselawat kepada kita sepuluh kali ganda. Tidak susah untuk dapat pahala, yang penting keikhlasan.
Penulis ingin berpesan, mulai hari ini jadikanlah sunah baginda sebagai amalan harian dan basahilah bibir dengan selawat ke atas baginda di mana jua berada terutamanya ketika berada dalam (atas) kenderaan ketika semasa pergi dan pulang dari tempat kerja. Saya buat, anda juga buat.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433h
PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Wednesday, February 1, 2012

TAHNIAH SKSL 2011

TAHNIAH !!!
Tahniah diucapkan kepada calon UPSR 2011 kerana telah menaikkan nama SKSL antara sekolah terbaik dalam negeri Selangor peningkatan UPSR. Keseluruhan mata pelajaran meningkat. Berikut adalah perbandingan dengan tahun 2010.
1. Bahasa Malaysia ( pemahaman ) dari 93.1% meningkat ke 98.1%
2. Bahasa Malaysia ( penulisan ) dari 68.8% kepada 90.4%
3. Bahasa Inggeris 68.8% kepada 90.4%
4. Matematik 66.7% kepada 86.5%
5. Sains 76% kepada 84.6%
Tahniah diucapkan kepada calon yang mendapat 5A iaitu; Muhammad Hazman bin Mansor, Muhammad Aslam Asmu'i bin Azman dan Muhammad Haziq bin Hasnol Hadi.

Ini membolehkan SKSL menerima anugerah peningkatan UPSR 2011 dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kejayaan ini adalah usaha semua pihak baik guru-guru, pentadbir serta masyarakat setempat. Semoga SKSL dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

Tuesday, January 3, 2012

KSSR

Apa itu KSSR? KSSR bermaksud Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Merupakan dasar pendidikan negara yang telah melalui proses transformasi dari KBSR yang dilaksanakan pada 1983. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah.
Transformasi kurikulum merupakan satu usaha menyusun semula serta menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi alaf millenium ini. Dalam proses transformasi kurikulum, KPM telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum ini setanding dengan pendidikan global.
KSSR memberi fokus kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ini berbeza dengan KBSR kerana ada penambahannya yang hanya 3M. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Prinsip KSSR pula melalui pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.
Pada Tahap I, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk Modul Teras Asas ( BM,BI,BC,BT, Math, PJ, PK dan PIslam/Moral), Modul Teras Tema ( Dunia Kesenian dan dunia Sains ) dan Modul Elektif ( B Arab,BC, BT, BIban dan B Kadazan ). Selepas itu di tahap II, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular melalui Mata pelajaran teras dan Mata pelajaran Elektif.

Dalam KSSR juga terdapat Elemen Nilai Tambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tunjang Keterampilan Diri pula dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Untuk maklumat lanjut klik.

Monday, January 2, 2012

PERSEKOLAHAN 2012

Tahun demi tahun, penggal persekolahan kini kembali lagi. Pelbagai transformasi telah dilakukan baik dari segi pedagogi mahupun sosio-ekonomi. Persekolahan 2012 akan bermula pada 03 Jan (kump A) dan 04 Jan (kump B).

Sebelum ini KBSM telah ditukarkan kepada KSSR (masuk tahun kedua) dan pelbagai dasar lagi bagi memenuhi aspirasi negara. KSSR ini akan dihuraikan secara terperinci lagi.
Pada 2012 pelajar akan berada di sekolah selama 203 hari dan bercuti selama 87 hari sahaja. Banyak bantuan telah diturunkan kepada murid, jadi mengapa harus berlakunya keciciran. Antara bantuan sedia ada ialah Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan macam-macam lagi.
Terbaru pemansuhan bayaran tambahan. Ibu bapa tidak perlu lagi membuat bayaran tambahan RM 24.50 bagi sekolah rendah. Bayaran itu merangkumi ;

Kokurikulum RM 3.00
Ujian Dalaman RM 6.00
Sukan Tahunan RM 6.00
Kegiatan Agama Islam RM 6.00
MSSM RM 2.00
Insuran Takaful RM 1.50

Pelajar juga turut menikmati bantuan awal persekolahan RM 100.00 yang telah diagihkan kepada pelajar pada tahun lalu. Murid tahun 1 (2012) turut menerima habuan ini pada awal persekolahan nanti. Bantuan awal tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa bagi membeli keperluan persekolahan anak-anak.
KPM juga menetapkan 'Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja, Satu Set Buku Teks' merupakan touch point bagi memastikan semua murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seawal hari pertama persekolahan.
Mengikut sumber seramai 449 475 murid akan memulakan pembelajaran di Tahun Satu 2012.
Namun begitu, dengan pemansuhan bayaran tersebut, ibu bapa masih lagi perlu membuat sumbangan PIBG. Jelasnya ini bukan bayaran tetapi sumbangan 'wajib' kepada pihak sekolah. Penulis beranggapan bahawa aktiviti luar bilik darjah agak sukar untuk dijalankan kerana sekolah kekurangan 'dana' untuk melaksanakan aktiviti. Sekolah kena cari sponsor sendiri, bergantung kepada pihak pentadbir.
Jom pakat-pakat ke sekolah dengan semangat dan azam baru untuk menjadikan sekolah sebagai gedung ilmu.

SIAPA ANDA?

Muallim pada asalnya dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang-kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Seseorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal.

Murabbi dalam Islam bermaksud yang luas melebihi tahap Muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas Tugas Murabbi berlegar di hati.

Mursyid berasal dari bahasa arab iaitu memberi tunjuk ajar. Dalam erti kata lain, mursyid bererti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.

Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t., dalam proses tarbiah yang teratur.

Para mursyid bertanggung jawab bagi mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin).

Muaddib merupakan orang yang beradab dan mengajarkan keadabannya kepada seseorang. Apa yang dilakukan akan disampaikan kepada muridnya terutamanya mengenai sahsiah.

Mudarris (Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar. Mudarris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam dan bidang pedagogi. ÆF

Firman Allah, Maksudnya: Allah akan meninggikan ( darjat ) orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat; ( Al-mujadalah, 58 : 11 )

Berdasarkan firman Allah di atas, ilmu pengetahuan itu amat penting sekali. Sememangnya ilmu pengetahuan itu diperolehi dari guru