Agihan rumah sukan seperti biasa iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah begitu juga guru penasihat telah ditetapkan semula berdasarkan kepada undian. Dalam mesyuarat tersebut semua rumah melantik pengerusi dan AJK yang lain, mengatur, mencongak strategi serta memilih pemain bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu sukan permainan, sukaneka, olahraga iaitu acara balapan dan padang. Setiap rumah sukan disertai oleh 6 orang guru penasihat dan lebih kurang 85 orang setiap rumah.







Saturday, October 9, 2010
BERMULANYA KARNIVAL SUKAN 2010
05 Oktober 2010, ( Rabu ) Satu mesyuarat rumah sukan telah diadakan bagi menghadapi karnival sukan tahunan pada tahun ini. Karnival kali ini merupakan kali ke-32. Pada tahun ini banyak kelainannya dalam karnival ini kerana ia dijalankan serentak dengan Karnival SKSL. Agak besar juga perancangan pada kali ini, namun kepuasan menanti di penghujung.
Monday, September 20, 2010
Thursday, September 16, 2010
KHATAM AL-QURAN
03 Sept. 2010, di Dewan SKSL telah diadakan majlis Khatam al-Quran. Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam sempena ihya ramadhan. Panitia Pendidikan Islam SKSL juga telah mengadakan program-program tertentu sepanjang bulan Ramadhan ini . Antaranya tadarus, bingkisan ramadhan, siaran audio, penghayatan nuzul al-Quran dan sumbangan duit raya kepada semua pelajar SKSL.
Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan penghayatan Nuzul al-Quran dan kuiz spontan yang dikendalikan oleh Us. Mohd Fazly. Ustazah Nor Aishah mengendalikan majlis khatam dengan menjemput Ustaz Aluwi bagi memimpin bacaan doa. Majlis khatam al-Quran pula dipimpin oleh Ustaz Abd Hakim dengan murid yang terpilih. Selesai khatam al-Quran, majlis diserikan dengan ucapan guru besar dan perasmian oleh YDP PIBG SKSL.
Mengakhiri majlis pada hari tersebut, murid dan guru yang terlibat dengan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan diberikan momento sebagai kenangan dan penyampaian duit raya kepada semua murid mengikut kelas masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang turut serta menjayakan program ini. InsyaAllah aktiviti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.Mengakhiri majlis pada hari tersebut, murid dan guru yang terlibat dengan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan diberikan momento sebagai kenangan dan penyampaian duit raya kepada semua murid mengikut kelas masing-masing.







Monday, September 13, 2010
SUMBANGAN UPSR
02 September 2010, YB Ismail Sani ADUN Dusun Tua telah sudi datang ke SKSL dan menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon UPSR 2010. YB Ismail diiringi oleh beberapa orang kanannya dan juga YDP PIBG iaitu En. Muhamad Jamal bin Hj. Sharif; Semoga calon UPSR SKSL dapat memanfaatkan sumbangan tersebut serta mengambil semangat dari kata perangsang dari YB.







Sunday, September 12, 2010
HARI NILAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM ) merupakan satu program untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan murid sekolah. Semua sekolah terlibat dengan program ini. Pada 30 Ogos 2010 telah diadakan Hari NILAM bagi PPDHL. Berikut antara gambar program NILAM bagi SKSL;







Saturday, September 11, 2010
PELANCARAN BULAN MERDEKA
53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dengan teraju utama 5 perdana menteri. Dari Perlis hingga ke Sabah menyambutnya dengan bangga dan semangat patriotisme. Walaupun sambutan pada tahun ini diraikan dalam bulan Ramadhan namun, jelas terpancar semangat patriotik dikalangan generasi kini. SKSL juga telah meraikan sambutan bulan kemerdekaan pada 30 Ogos 2010 di dataran SKSL dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh penggeraknya iaitu Cikgu Rodziah binti Ahmad dengan bantuan semua guru-guru.















Sunday, September 5, 2010
AMALAN SAMBUT LEBARAN
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut 1Syawal. Pelbagai reaksi manusia dapat dilihat, ada yang sibuk buat kuih raya, hias rumah, shopping, balik kampung dan macam-macam lagi. Namun dalam kegembiraan itu ada golongan yang bersedih. Sedih kerana akan meninggalkan Ramadhan dan tak kurang juga bersedih kerana tidak berkemampuan mengikut selera dan keinginan untuk beraya. Dalam kemeriahan menyambut lebaran, jangan pula kita lupa kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Di sini disertakan beberapa sunnah Nabi menyambut lebaran agar dilaksanakan oleh semua.
1. Mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
2. Memakai pakaian yang cantik ( tidak semestinya baru ).
3. Makan terlebih dahulu ( sedikit ) sebelum ke masjid bagi menghargai hari kemenangan
setelah berpuasa.4. Berjalan ke masjid sambil bertakbir.
5. Membayar zakat fitrah ( jika belum dilaksanakan ).
6. Saling mengunjungi, memberi salam, menyucikan diri ( bermaaf-maafan ).
7. Berbakti kepada orang tua, lembut terhadap fakir miskin.Dengan panduan yang sedikit ini dapat menjadi pedoman untuk semua. Kesempatan ini juga penulis sekeluarga memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.1. Mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
2. Memakai pakaian yang cantik ( tidak semestinya baru ).
3. Makan terlebih dahulu ( sedikit ) sebelum ke masjid bagi menghargai hari kemenangan
setelah berpuasa.4. Berjalan ke masjid sambil bertakbir.
5. Membayar zakat fitrah ( jika belum dilaksanakan ).
6. Saling mengunjungi, memberi salam, menyucikan diri ( bermaaf-maafan ).

Subscribe to:
Posts (Atom)
