
Sunday, February 5, 2012
MAULIDUR RASUL

Wednesday, February 1, 2012
TAHNIAH SKSL 2011

Tuesday, January 3, 2012
KSSR

Monday, January 2, 2012
PERSEKOLAHAN 2012


SIAPA ANDA?
Muallim pada asalnya dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang-kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Seseorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal.
Murabbi dalam Islam bermaksud yang luas melebihi tahap Muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas Tugas Murabbi berlegar di hati.
Mursyid berasal dari bahasa arab iaitu memberi tunjuk ajar. Dalam erti kata lain, mursyid bererti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.
Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t., dalam proses tarbiah yang teratur.
Para mursyid bertanggung jawab bagi mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin).
Muaddib merupakan orang yang beradab dan mengajarkan keadabannya kepada seseorang. Apa yang dilakukan akan disampaikan kepada muridnya terutamanya mengenai sahsiah.
Mudarris (Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar. Mudarris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam dan bidang pedagogi. ÆF
Firman Allah, Maksudnya: Allah akan meninggikan ( darjat ) orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat; ( Al-mujadalah, 58 : 11 )
Berdasarkan firman Allah di atas, ilmu pengetahuan itu amat penting sekali. Sememangnya ilmu pengetahuan itu diperolehi dari guru…
Tuesday, December 13, 2011
TAKWIM 2012
Sedar tak sedar tahun 2012 dah nak menjelang.. so kepada semua, saya sertakan Takwim Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2012 untuk rujukan semua
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Takwim Cuti Sekolah 2012 Malaysia | |
| Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari) | |
| Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari) |
Takwim Cuti Umum 2012 Malaysia | ||
Tarikh | Cuti | Negeri |
| 01-01-2012 | Tahun Baru 2012 | Seluruh Negara |
| 14-01-2012 | Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan shj |
| 15-01-2012 | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah shj |
| 23-01-2012 | Tahun Baru Cina | Seluruh Negara |
| 24-01-2012 | Tahun Baru Cina | * Kecuali Kelantan & Terengganu |
| 01-02-2012 | Hari Wilayah | Wilayah Persekutian Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya shj |
| 05-02-2012 | Maulidur Rasul | Seluruh Negara |
| 07-02-2012 | Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor shj |
| 04-03-2012 | Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu shj |
| 06-04-2012 | Good Friday | Sabah & Sarawak shj |
| 15-04-2012 | Hari Pengishtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka shj |
| 19-04-2012 | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak shj |
| 01-05-2012 | Hari Buruh | Seluruh Negara |
| 07-05-2012 | Hari Hol Pahang | Pahang shj |
| 05-05-2012 | Hari Wesak | Seluruh Negara |
| 17-05-2012 | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis shj |
| (30-31)-05-2012 | Pesta Keamatan | Sabah & Labuan shj |
| (01-02)-06-2012 | Hari Gawai | Sarawak shj |
| 02-06-2012 | Hari Keputeraan DYMM Agong | Seluruh Negara |
| 17-06-2012 | Israk & Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis shj |
| 07-07-2012 | Hari Gabenor P.Pinang | Pulau Pinang shj |
| 20-07-2012 | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu shj |
| 21-07-2012 | Awal Ramadhan | Johor, Kedah & Melaka shj |
| 06-08-2012 | Nuzul Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu shj |
| (19-20)-08-2012 | Hari Raya Aidil Fitri* | Seluruh Negara |
| 31-08-2012 | Hari Merdeka | Seluruh Negara |
| 09-09-2012 | Hari Gabenor Sarawak | Sawarak shj |
| 16-09-2012 | Hari Malaysia | Seluruh Negara |
| 14-10-2012 | Hari Gabenor Melaka | Melaka shj |
| 24-10-2012 | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang shj |
| 26-10-2012 | Hari Raya Aidil Adha | Seluruh Negara |
| 27-10-2012 | Hari Raya Aidil Adha | Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu shj |
| (11&12)-11-2012 | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan shj |
| 13-11-2012 | Deepavali | Seluruh Negara |
| 15-11-2012 | Awal Muharram | Seluruh Negara |
| 22-11-2012 | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor shj |
| 11-12-2012 | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor shj |
| 25-12-2012 | Hari Christmas | Seluruh Negara |
Kepada rakan-rakan semua, sekiranya ada ralat, sila ajukan diruangan komen ye…
Monday, September 19, 2011
SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH - 1

Sayang penyengat kubunya tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung kuingat juga.
Atas khidmat dan jasa yang diberi,
Puji, syukur dan terima kasih diucapkan.

Pantun dikarang khas yang dirai,
Entah bila berjumpa lagi

Sesi fotografi bersama cikgu Sarifah turut diberi luang bagi memahat memori bersama beliau, seterusnya semua murid dan guru bersalaman dengan cikgu sarifah. Mengakhiri majlis tersebut, beliau menanam 'pokok kenangan' seterusnya beredar pulang..





