Friday, February 26, 2010

PENGUNJUNG KE 200

Siapa budak ni? Namanya MUHAMMAD FARIS AZWAR BIN MOHAMAD FADIL. Adik Faris Azwar merupakan pelajar bertuah yang diumumkan dalam perhimpunan minggu ke-7 sesi persekolahan 2010. Beliau merupakan pengunjung ke-200 ke Pusat Sumber Sekolah, SKSL dan mendapat hadiah misteri yang dijanjikan oleh En. Sahrom (GB). GB telah menyumbangkan hadiah misteri tersebut kepada pengunjung ke 200 ke PSS.
Ini adalah galakan kepada murid agar minat membaca dan selalu ke PSS. Seterusnya hadiah misteri menunggu pengunjung ke 400. Siapakah yang akan memperolehi nanti, adakah adik Faris Azwar lagi. Tungguuuuuuu.....

Saturday, February 13, 2010

KEM BESTARI SOLAT 1/2010

06 Februari 2010, Sabtu- Kesinambungan program j-QAF diteruskan pada tahun ini. Kem Bestari Solat atau ringkasnya KBS telah dijalankan bagi mengingatkan murid tentang wajibnya solat.
Kekadang murid boleh ingat dan hafal semua bacaan serta perlakuan dalam solat, tetapi malangnya ia sekadar hafalan sahaja. Solat di sekolah sahaja. Bila ditanya di rumah macamana? Jawapannya kadang-kadang solat, kadang tidak.
Alhamdulillah dengan adanya program j-QAF ini dapat membantu murid dalam ibadah wajib ini. Beruntung murid-murid sekarang kerana peruntukkan masa untuk belajar solat lebih banyak. Jika dibandingkan dengan murid yang tidak ikut program j-QAF. Beryukur dengan program kementerian menerapkan j-QAF dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Tuesday, February 9, 2010

MILO

Khamis, 04 Februari warga SKSL telah menerima minuman percuma MILO. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestle Sdn Bhd yang berbesar hati mengunjungi SKSL walaupun tidak diundang.
Semoga pihak Nestle dapat datang lagi pada sambutan tertentu apabila dihubungi. Terima kasih. Minum MILO badan jadi sihat dan cerdas.