Sunday, August 4, 2013

SUKAN TAHUNAN KE-35

07.07.2013, SK Sungai Lui telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-35 di Padang Sekolah. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara tradisi iaitu perbarisan rumah sukan dan lintas hormat di hadapan tetamu utama iaitu En. Zuhairi bin Ibrahim, Penyelia Sukan PPDHL dan YDP PIBG, En. Tahran Nazim b Mohd Tahir. Pelbagai gimik dan persembahan dipertontonkan kepada tetamu kerana setiap rumah sukan diperuntukkan masa tidak lebih 3 minit untuk membuat persembahan di hadapan tetamu.
          Sejurus itu diadakan pula ucapan perasmian oleh En. Zuhairi Ibrahim dan ikrar kejohanan yang diketuai oleh Adik Muhammad Farid bin Abd Malik. Maka bermulalah acara sukan pada hari tersebut. Sebanyak 47 acara dipertandingan pada hari tersebut termasuk acara murid prasekolah. Terdahulu telah diadakan juga acara-acara awal seperti acara padang untuk tahap dua dan sukaneka individu untuk tahap satu. Pada waktu rehat pula penonton dihidangkan dengan demonstrasi silat yang diketuai oleh Tn Syed Muhd Zahinyr.
          Kemuncak hari tersebut diadakan perlawanan akhir tarik tali antara rumah sukan. Perbarisan terbaik dimenangi oleh rumah Hijau, Kuning, Merah dan Biru. Hiasan rumah sukan pula dimenangi oleh Kuning, Biru, Hijau dan Merah. Johan keseluruhan Temasya Sukan Tahunan Ke-35 telah disandang oleh Rumah Kuning 432 mata. Diikuti Hijau 401 mata, Merah 387 mata dan Biru 337 mata. Olahragawan pula jatuh kepada Adik Muhammad Syazwan bin Azizan dan Adik Nurul Anis Syakira binti Ismail dinobatkan Olahragawati. Kedua-duanya dari rumah Merah. Temasya Sukan ini tamat pada jam 1.00 tengahari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Temasya Sukan Kali Ke-35 ini. Semoga tahun akan datang lebih meriah lagi....