Friday, December 31, 2010

BACK TO SCHOOL

Saban kali bila ambang tahun baru muncul ia dikaitkan dengan 'kembali ke sekolah'. Sesuai dengan azam baru, boleh dikatakan semua peralatan sekolahpun nak baru. Bukan sepasang bahkan melebihi sepasang.
SKSL juga ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH pada 2011 agar kecemerlangan menanti di akhirnya. Begitu juga kepada guru yang baru tiba dan diarahkan bertugas di SKSL. Namun dalam kegembiraan ini ada sedihnya kerana empat guru yang berkebolehan serta dedikasi telah bertukar angin ke sekolah lain.

Friday, December 17, 2010

KONVOKESYEN PRA10

13 Nov 2010 bertempat di dewan SKSL telah berlangsungnya Konvokesyen Prasekolah. Majlis dimulai dengan perarakan masuk graduasi kecil ke dewan diiringai paluan kompang. Majlis diteruskan dengan doa memohon keberkatan yang dipimpin oleh Ustaz Aluwi dan bacaan surah lazim oleh Adik Muhammad Izzat b Mazli.
Adik Aqilahtunnisa bt Ahmad Anuar selaku ketua murid telah memberi ucapan dengan petahnya. Telatah cilik anak-anak pra ditonjol lagi dengan pertandingan pakaian beragam. Ada yang gembira, takut, menangis dalam memperagakan pakaian masing-masing.
Mengisi slot selanjutnya ialah ucapan guru besar dan perasmian oleh NYDP iaitu Pn. Faridah bt Jaafar. Penonton dan ibu bapa pada hari tersebut dihiburkan dengan keletah dan celoteh anak-anak dengan persembahan unik dan tersendiri seperti tarian, nyanyian, poems dan nursery rhymes.
Akhir sekali majlis penyampaian hadiah dan sijil tamat persekolahan pra serta majlis sambutan hari lahir murid pra yang terlibat. Antara hadiah dan kategori anugerah seperti kedatangan penuh, ketrampilan terpuji, ulat buku, putera/puteri prihatin, harapan, matapelajaran BM, BI, Sains, Math, PJK, Seni dan Agama Islam serta Anugerah Tokoh Prasekolah. Anugerah tersebut mengikut kelas masing-masing iaitu pra Cekal dan pra Ceria kecuali Anugerah Tokoh Prasekolah merupakan kepada murid yang terbaik keseluruhan yang dianugerahkan kepada Adik Aida Syahira bt Azuwi.

Friday, December 10, 2010

SUKAN RAKYAT

Kesinambungan Karnival SKSL 2010 diteruskan dengan aktiviti melibatkan komuniti setempat. Sukan rakyat telah diadakan pada hari kedua karnival ( 07/11/2010 ). Sukan rakyat ini diadakan untuk mengertakan hubungan masyarakat setempat yang berada di lingkungan SKSL. Senaman poco-poco telah mengajak semua tetamu memulakan acara pada hari tersebut dan diteruskan dengan pelbagai acara sukaneka. Acara tersebut dibahagi kepada 3 kategori iaitu individu, berpasangan ( suami/ isteri ) dan berkumpulan. Antara acara individu seperti rebut kerusi, cari duit dalam tepung, jalan atas bata, lari kepit bola, pancing ikan, lari 100m ( 80kg ke bawah dan 80kg ke atas ), gubahan sirih junjung dan sebagainya. Lari kaki tiga, bola kasih, baling belon dan masukkan benang ke dalam jarum adalah acara berpasangan. Manakala acara berkumpulan pula harta karun, terompah gergasi, tarik tali dan futsal kain sarung. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua balai Bt 18 bagi mengadili acara tarik tali. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Ismail bin Sani, ADUN Dusun Tua dan kemuncak acara pada hari tersebut beliau telah melepaskan itik bagi acara menangkap itik simbolik penutup sukan rakyat dan karnival SKSL. Segala komitmen dan kerjasama semua pihak yang menjayakan sukan rakyat diucapkan ribuan terima kasih. Jumpa lagi pada masa akan datang.