Sunday, August 29, 2010

BUBUR LAMBUK SKSL

Bubur lambuk sinonim dengan bulan Ramadhan. Sempena itu aktiviti mengacau bubur lambuk telah diadakan pada 11 Ramadhan 1431H ( 21 Ogos 2010 ). Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan insyaallah akan dijadikan aktiviti tahunan. Bubur lambuk tersebut diagihkan kepada semua murid, guru dan kakitangan sekolah.
Sebenarnya bubur lambuk ini ada pelbagai versi. Berikut adalah resepi bubur lambuk versi SKSL:
Bahan-bahan:
1. Beras 10 kg ( 2 periuk besar ).
2. Santan 6 kg.
3. Daging 5-6kg.
4. Bahan-bahan menumis.
5. Bawang besar 3 kg.
6. Udang kering.
7. Halia 1kg.
8. Daun sup dan daun bawang
9. Kiub Ayam atau 'cukup rasa Maggi'.
10. Garam 1kg
11. Minyak masak 1 paket
12. Minyak sapi 2 tin
13. Bawang goreng
14. Serai
15. Daun pandan
16. Lobak merah
17. ubi kentang
18. Kismis ( Kurma pun boleh ).
19. Apa-apa yang difikirkan sesuai.





Sunday, August 15, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

KAJANG, 14 Ogos 2010 bersamaan 04 Ramadhan 1431h, Majlis Berbuka Puasa Dato' Markiman bersama anak-anak yatim sekolah-sekolah terpilih Parlimen Hulu Langat di Restoren Sate Kajang, Haji Samuri, Bangunan Dato' Nazir, Kajang. Majlis ini ditaja oleh Sate Kajang Hj Samuri dan Mydin yang dikendalikan oleh Kelab Kebudayaan dan Kesukanan Sri Nilam.
Antara tetamu utama dalam majlis tersebut ialah Dato' Markiman Kobiran, Setiausaha Politik Menteri KDN, Dato' Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, wakil Hj Samuri ( anaknya ), ketua-ketua cawangan UMNO Dun Kajang, pengerusi JKKP Dun Kajang, Guru Besar sekolah terlibat, Pengerusi PIBG sekolah terlibat ( SK. Saujana Impian 2, SK. Tun Abdul Aziz Majid dan SK. Sungai Lui ).Seramai 17 orang murid dari Sungai Lui terpilih ke majlis tersebut serta diiringi oleh Pn. Noraliza selaku guru kebajikan murid dan Pn. Siti Masayu.Majlis itu diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dari sekolah terbabit agar mereka turut bergembira pada hari lebaran nanti. Kegembiraan dan keriangan terpancar di setiap wajah mereka kerana mendapat pakaian raya serta saguhati 'duit raya' dari para dermawan.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan penderma yang berbesar hati meraikan anak yatim dari sekolah terbabit.

Tuesday, August 10, 2010