Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA


SELURUH WARGA SKSL MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, September 6, 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR

Kira-kira 50 000 orang murid seluruh negara akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang akan bermula 08.09.09 hingga 10.09.09. Jumlah ini termasuklah 68 calon di SKSL. Segala pengorbanan selama 6tahun di sekolah rendah akan ditempuhi. Selepas peperiksaan UPSR murid tahun 6 yang bersekolah agama akan menduduki pula UPSRA pada minggu berikutnya.
Semua itu coo...baan... yang perlu ditempuhi tambahan sekarang ni bulan Ramadhan. Peperiksaan bersambung-sambung. Tapi raya ni boleh raya sakan. Semua exam dah habis.
Buktikan kepada dunia bulan Ramadhan tidak menghalang umat Islam umat berjaya dengan cemerlang. Selain itu seantero dunia masih lagi menghadapi wabak H1N1. Oleh itu jagalah diri dari musibah tersebut. Seluruh warga SKSL mendoakan kejayaan semua.

Ya Allah, Kau lapangkan dada calon UPSR SKSL, berikan ketenangan, permudahkan segala masalah dan ilhamkan kepada mereka, akhirnya berilah kejayaan yang cemerlang kepada mereka. Amiin....

Friday, September 4, 2009

MAJLIS RESTU UPSR



04 Sept 2009, Di Dewan SKSL telah diadakan 'majlis restu' dan penyampaian bantuan berupa peralatan peperiksaan kepada calon UPSR SKSL.

Tetamu kehormat; Pn. Selamah bt Packeer Mohamed ( GBSKSL), YB. Tn. Johan b. Abd. Aziz, En. Md Rushaidi Aziz dan Tn Hj. Hassan ( Pengerusi JKKP Kg Sg Lui ).

Kunjungan YB disertai oleh Ketua Kampung JKKP, Biro Pendidikan JKKP, YDP PIBG, JKKP serta beberapa orang kanan beliau. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Zalinor b. Zainuddin dan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Hakim bin Hassan. Pn. Selamah telah menyampaikan ucapan dan berterima kasih kepada YB serta rombongan yang sudi memberi bantuan peralatan peperiksaan kepada calon. Tidak ketinggalan Pengerusi Biro Pendidikan yang juga merupakan murid tua SKSL turut memberi nasihat dan perangsang kepada calon. Beliau juga sedia membantu pihak sekolah pada bila-bila masa sahaja. Itu janji beliau.

YB. Tn. Johan b. Abd. Aziz menyampai amanat dan perangsang kepada calon UPSR.

Kemuncaknya, ucapan dan nasihat dari YB. Tuan Johan. Beliau berharap semua murid mesti mendapat restu dari ibu bapa dan guru. Ibu bapa penting kerana doa ibu adalah yang paling makbul. Kalau hidup hendak berkat jangan lawan cakap ibu. Begitu juga dengan guru kerana gurulah yang memberi ilmu dan panduan bagi menghadapi UPSR. Jangan menyakiti hati guru. Keberkatan ilmu amat penting. Selain itu beliu juga berjanji akan menyalurkan bantuan untuk membantu sekolah. "Peruntukkan ada", katanya. Beliau akan membantu terutama sekolah-sekolah di luar bandar macam SKSL.

Salah seorang calon menerima bantuan perlatan UPSR


Pada tahun ini seramai 68 calon termasuk 5 murid asli akan menduduki UPSR di SKSL.Semua calon ditempatkan di dewan SKSL. UPSR akan bermula pada 08.09.09 hingga 10.09.09. Semua guru SKSL dan Kampung Sg. Lui mendoakan agar semua calon beroleh kejayaan cemerlang seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara selaras dengan visi 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Antara calon yang akan menduduki UPSR di SKSL pada 08-10.09.09.